Skip to main content

Raung Senyum 2010 Yang Berlalu

1.1.2011; dengan azam meninggalkan segala panas baran yang ada... biarlah ianya menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang... 2010 merupakan kenangan perit untuk dikenang... d tahun itulah aku mengenali hati budi manusia yang tahu untuk mengenang budi... di tahun itu juga la, aku dihimpit kedukaan dan kejatuhan maruah! di tahun itu juga, aku cuba bangkit dengan dorongan kak mang... di tahun itu, aku pernah memegang status bertunang dan kembali single... di tahun itu, status single tidak lama ku pegang, kerana not available disambung selang 2hari raya haji tiba... di tahun itu, aku seperti anjing yang takut dengan bayang2 sendiri... bayangan yang sentiasa menyelubungi setiap waktu...

namun setiap keraungan, ada juga terukir senyuman2 indah... paling mendekat di hati, kehadiran 3anak buah dari 3 kakakku... bermula dengan Hamzah Zahidi, diikuti Ramadani klu nda silap, dan yang terbaru kelahiran Hadeejah... kesyukuran dipaut ke Maha Pencipta... tahun itu juga, aku mendapat 2 kemenangan walaupun bukan juara dalam pertandingan pidato... jumlah hadiah kemenangan untuk kedua2 acara ni ialah rm4000! satu jumlah yang banyak bagi pemidato amatur sepertiku...

Nota Suara Aku tahun ini, akan terus menotakan suara2 untuk tahun mendatang.... jutaan terima kasih buat mama yang bersabar dengan anaknya, buat bapa yang suam2 cool, semua keluarga yang sedarah daging dan bukan sedarah tetapi sangat bermakna dalam hidup ini...terima kasih kerana menyokong aku... terima kasih3x.... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...