Skip to main content

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai.
Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan oleh semua yang turut serta ialah perjalanan kami meredah lautan luas menggunakan kapal laut. Tiba di tempat pengantin perempuan, kapal melakukan 3 kali pusingan sebelum menghampiri jeti. Ini diikuti dengan bunyi mercun bagi menggantikan senapang. Ini merupakan hanya sebagai isyarat bahawa kami tiba. Aku inginkan acara sebegini kerana ingin merasa pengalaman bapa semasa berkahwin dengan mama yang tersayang. Semasa akad nikah berlangsung, satu lagi adat digunakan iaitu, mempertemukan ibu jari dengan ibu jari kadi, ibu jari kaki kadi bertemu dengan ibu jari kaki ku, ini merupakan adat dahulu yang digunakan oleh orang dulu-dulu...
Kemudian, selepas upacara membatalkan air sembahyang, aku kena angkat bini yang duduk di kerusi dan pusing kerusi 1 kali... agak berat juga la aku angkat, hehehehe... sepanjang majlis perkahwinan 2 hari ni, aku kira dalam 10 persalinan juga la yang kami pakai... di tempat pengantin perempuan saja, 2 waktu siang, manakala malam 4 persalinan.... manakala di kg ku sendiri, 3 masa siang dan 2 masa malam... wah macam memperagakan fesyen pula... percaya atau tidak, di rumah pengantin perempuan, kami potong kek setinggi 7 tingkat! aku terkejut juga la bila tengok kek tu dipasang lebih tinggi dari pengantin pula....
Aku juga berbangga sebab dapat memakai pakaian kebudayaan suluk semasa majlis yang dilangsungkan sebelah malam di tempat ku... famili semua juga sporting dengan menggunakan tema warna biru... terima kasih yang tidak terhingga buat semua..
.
Nota Suara Aku kini telah mempunyai tanggungjawab besar, tolong doakan kebahagiaan aku dan isteri dan dikurniakan ramai cahaya mata....wah angan2 besar kan.... anak kan rezeki....ok la, setakat ini dulu....gambar2 sepanjang majlis berlangsung boleh dilihat di FB....

Comments

TheShida said…
Abang Irmannnn~!!!!

Tahniah!!!!!!!!
cahaya said…
Tahniah...Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat :)
Abah Mui'zz said…
Man, slmt menjadi suami orang. Lalui hidup dengan penuh berhemah dan kesabaran, serta kebijaksanaan. Andai elok dilakukan, eloklah hasilnya nanti. Moga kebahagiaan akan kekal buat man dan isteri (sikit2 duka tu biasa la dalam berumahtangga).

Maaf kerana tidak dapat turut sama dalam majlis yg penting itu. Apapun, doa sentiasa ada buat man sekeluarga.
Asaz said…
selamat menempuh hidup baru
Am said…
Hai Mal, senyap ajer blog ni yam semuanya nampaknya sibuk dengan kehidupan peribadi. Samalah kita, Am pula mula hendah berBlog semula hehehe

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!