Skip to main content

Azam Tahun Baru : Disiplin Tentang Wang

Assalammualaikum,
tahun baru telah menjelma, banyak perkara berlaku sepanjang 2011... 2011 juga telah meninggalkan rekod paling sedikit aku menotakan suara aku.... mungkin tahun 2011 aku lebih banyak bercerita dengan isteri tercinta.... justeru, tidak terbuka hati untuk menotakan di sini. Apapun, hari ini aku terbuka hati untuk menitip sedikit peringatan buat diri sendiri...
Saban hari, semakin banyak komitmen terpaksa aku tanggung... tahun ini, aku akan mempunyai rumah sendiri hasil bantuan kak mang dan suaminya.... tahun ini juga aku bakal menjadi seorang daddy....tinggal tunggu hari ja lagi ni.... dan orang yang paling banyak menolong aku, kak mang. Sentiasa memberi teguran tertutup....
Aku memasang azam tahun ini, untuk menjadi seorang lebih berdisiplin tentang wang.... maklum sajala, kos sara hidup negara tercinta kita ni semakin tinggi.... kita kan mau maju :P
Dan kak mang memberikan aku jadual bajet... nampak simple ja tapi aku dapat merasakan aura kepayahan tu.... apapun... terima kasih atas segalanya... aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga ku....

Kereta = 365
Rumah = 700
Kad Kredit = 400
Utiliti (air-letrik-telefon)= 200
Astro = 50
Baki boleh guna = 200

hmmm....mengancam juga hidup ni....adios!

Comments

Abah Mui'zz said…
bagus man belajar berjimat dari awal. Untuk time2 macam ini, utamakan keperluan, dan ketepikan kehendak. hehe. Selamat jadi daddy nanti, jangan lupa maklumkan.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!