Skip to main content

Chief Entertainer Officer (CEO)

Bayangkan perasaan anda apabila seorang mantan Presiden/CEO sebuah GLC memberikan anda gelaran CEO juga? Begitulah perasaanku sejurus dipanggil CEO... Seorang anak muda yang memegang gelaran CEO pada umur 39! seorang akauntan menerajui syarikat yang teknikal.... tapi mampu membawa syarikat ke peringkat tertinggi.
Semalam, aku selesai menjadi MC sempena meraikan persaraan CEO... satu majlis yang tinggi tahapnya dari segi protokol. Dengan kehadiran tetamu kehormat dari Kerajaan negeri dan ahli-ahli Lembaga Pengarah semuanya tertumpu dengan sebuah tubuh kecil di atas pentas.... Aku mengendalikan majlis dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Takut salah sebut jawatan dan pangkat, takut terlepas cakap dan menyinggung perasaan tetamu dan sebagainya.... Sebab tu persediaan untuk menyediakan teks ni aku buat dengan teliti sehingga jam 3 pagi.... Semata-mata untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan paling penting diingati selepas ini.
Aku sememangnya komited dengan bidang ini, dan Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan ku kekuatan untuk mendepaninya. Apa yang menarik selain daripada persembahan nyanyian lagu 'Pamit' oleh CEO dan tarian anggalang magunatip oleh Dato Sri dan Datin Sri, ialah apabila TKM membuat offer untuk aku bekerja dengan kerajaan negeri atas kapasiti transfer, Dato' Sri membalas dengan menahan dan tidak bersetuju dengan offer tersebut. Aku kira itu sebagai penghargaan yang tidak langsung mengiktiraf kebolehan aku mengendalikan majlis.
Nota Suara Aku walaubagaimanapun sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa pujian yang melambung dan disekeliling hanya akan membawa kemudaratan andai tidak dikawal dengan baik.
Hari ini juga FBI sudah menjangkau umur 6 bulan... betapa pantasnya masa berlalu, beratnya pun sudah 6.3kg. Tadi macam nampak dia sedang mencuba untuk duduk. Kalau bilang menyorong tu FBI sangat laju, segala yang dicapai di tangan semua masuk mulut.... jadi lepas ni mesti bersihkan selalu lantai dari segala jenis sampah / habuk..... apapun selamat ulang setengah tahun FBI....daddy sayang sangat....

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!