Skip to main content

Tugasan di Jabatan Baru

Bulan Oktober membuka lembaran baru dalam kerjaya aku di syarikat ini. Aku ditugaskan ke Jabatan yang baru (Jab. Latihan & Pembangunan) berkuatkuasa 1hb Oktober lalu. Perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Setelah berada di OD selama 4 tahun 1 bulan, kini aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. 
Di Jabatan baru ni, aku nda payah memerah otak untuk membuat inisiatif baru sebaliknya hanya menumpukan kepada latihan yang perlu diberikan kepada anggota kerja syarikat. Walaubagaimanapun, sebagai SYMP, terima adalah satu-satunya pilihan yang ada. Nda boleh tolak walau apapun justifikasi yang diberikan. Terkilan ada sedikit terpalit, bila bos rela dengan keputusan yang dibuat tanpa membuat sebarang rayuan bertulis kepada Pengurusan. Tapi dalam masa yang sama, tugas yang aku pegang ni belum lagi diberikan kepada orang lain secara rasmi. Bayangkan surat Serah Tugas yang aku serahkan kemarin, ditulis sebagai 'Pls Discuss'.... aik boleh discuss2 lagi ka? kenapa tidak serahkan saja dengan orang lain yang ada di jabatan ini. owh mungkin beliau terlupa, yang aku ni bukan lagi staf Jabatan dia, atau mengikut istilahnya 'Dibawah ketiaknya'. Sampai berapa lama, bos akan bersifat sebegini? emm baiklah, mungkin beliau ada 'Strategi Tersendiri'.
Tapi aku gembira juga dipindahkan ke Jabatan baru, sekurang-kurangnya aku terlepas daripada azab kerja 'ad-hoc' yang diberikan bulat2 kepada aku. Asal ada kerja baru, pass sama aku.... benci benci pun, nda suka-nda suka pun aku juga lubuk kerja tu diberikan. emm lepas ni, kita tengok siapa mangsa seterusnya... moga2 pengganti tu nanti mampu membuat dengan terbaik.
Nota Suara Aku harus berfikiran positif terhadap semua kejadian ini. Bersyukur dan Bersabar adalah senjata orang mukmin... Syukur dengan rahmat dan rezeki, Sabar dengan ujian dan rintangan. Ibaratnya, syukur la dengan setiap yang berlaku, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!