Skip to main content

HARI WANITA KEBANGSAAN

Hari ini merupakan Hari Wanita peringkat Kebangsaan. Dengan tema memupuk generasi berkualiti, wanita Malaysia hari ini ingin menyahut cabaran dengan kekuatan seramai 8.1 juta wanita di dalam profesion pekerjaan.
Di Malaysia, wanita merupakan komposisi gender yang lebih besar berbanding lelaki iaitu seramai 12.8 juta orang. Di ofis aku sendiri pun ada 11 wanita berbanding hanya 3 staf lelaki!
Tetapi wanita hari ini seperti terlupa bahawa tugas untuk memupuk generasi berkualiti ini bukannya diukur dengan ramainya golongan ini di bidang pekerjaan. Seharusnya tugas untuk mencari nafkah diserahkan kepada golongan Adam ini.
Tidak dinafikan tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Tetapi pepatah ini harus disesuaikan dengan kapasiti kelebihan wanita. Aku berpendapat golongan wanita harus memulakan tugas ini di rumah.
Jangan kita bertindak ikut perasaan semata-mata sebab aku takut yang kita kejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Masalah remaja masa kini juga berpunca di rumah. Antara sebab yang tidak dapat dinafikan ialah kerana wanita hari ini tidak menumpukan aspek pembinaan sahsiah dan moral anak-anak. Sebaliknya kesibukan mengejar material dan harta menyebabkan mereka terlupa anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian.
Miskin harta bukanlah syarat untuk membentuk keluarga yang bersahsiah tinggi. Tetapi miskin jiwa inilah yang perlu untuk di kayakan demi kemajuan dan pembangunan generasi berkualiti yang kita impikan.
Akhirnya, selamat menyambut Hari Wanita Kebangsaan kepada seluruh wanita di seluruh Malaysia khususnya mama dan kakak aku di Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!