Skip to main content

KEMARIN DAN HARI INI


Sekejap betul masa berlalu sudah hari Isnin balik.Semalam aku tengok roomate ku main softball interkolej peringkat suku akhir. Jaguhnya kolej ku ni, satu poin ja dibagi sama tim lawan. Tapi petang kalah pula 7-6. Roomate aku nda puas hati sebab bilangnya 'empire' berat sebelah. Biasala tu, aku pun selalu juga kalah pasal juri berat sebelah. Dunia ni macam-macam gelagat!
Semalam juga aku pigi Mines jam 2 sampai jam 7. Untuk apa? Aku mau window shopping(kononlah) kasut, baju, barang perhiasan, DVD dan aksesori komputer, nda ketinggalan tingok handphone.Aku masuk Extra punyalah tekejut sebab durang buat jualan penghabisan stok! kenapa a? sebab harga minyak naik terus ka jadi strategi kurangkan cawangan. Hmm ni pandangan aku ja. Penat juga jalan sampai 5 jam. Sebab telampau penat aku makan 'quarter pounder' sorang-sorang.
Hari ini, aku menjangkakan kerja yang lebih banyak sebab praktikal kan bukan pasal rajin. Kerja pertama yang aku buat, fax surat kepada Dekan untuk public lecture 5 sept ni pasal 'emerging deseases'.Aku juga bagi cenderamata dari Sabah kepada semua staf tapi untuk 10 orang ja la, lupa kira berapa oragn staf yang ada.
Malam ni pula, pigi putrajaya tengok puisi patriotik/ merdeka. Saja ja buang masa daripada duduk bilik main game. Lagipun aku minat juga puisi-puisi ni. Malam ni juga ada sayembara puisi interkolej. Tapi aku ambil keputusan tengok di Putrajaya, mau jumpa penyajak terkenal.
Selamat Berhari Isnin kepada semua pembaca ku....'nota suara ku'

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!