Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2005

PESTA PUISI PATRIOTIK

Semalam aku pigi tingok Pesta Pusi Patriotik di Putrajaya. Ada pemuisi seperti Marsli N. O., johan sayembara puisi tahun 1998(lupa suda namanya) dan juga bekas schoolmate ku ( Mohd Nazri). Ada juga pemuisi universiti tapi nda mempamerkan kehebatan yang bole dibanggakan. Aku simpulkan sayembara semalam di menangi oleh seorang pelajar ting 5, Sekolah Alam Shah, Putrajaya! Hanya 4 org saja pemuisi yg berjaya menarik perhatian penonton. Memetik bait2 puisi Menara, Dato Shafie Salleh, Menteri Pengajian Tinggi 'tempat anak muda diheret dimahirkan' 'tempat anak dara dipijak diakalkan' memang menarik untuk menggambarkan peranan universiti, tapi realitinya nda berlaku di universiti masa kini. Suara ku tergelak bila aku fikir-fikirkan balik. Betul la anak muda diheret tapi bukan dimahirkan tapi diheret supaya ikut telunjuk mentah-mentah tanpa berfikir sendiri. Betul juga anak dara dipijak tapi bukan untuk diakalkan tapi untuk menjejaki telapak kaki yang sudah ada tanpa mencari se

KEMARIN DAN HARI INI

Sekejap betul masa berlalu sudah hari Isnin balik.Semalam aku tengok roomate ku main softball interkolej peringkat suku akhir. Jaguhnya kolej ku ni, satu poin ja dibagi sama tim lawan. Tapi petang kalah pula 7-6. Roomate aku nda puas hati sebab bilangnya 'empire' berat sebelah. Biasala tu, aku pun selalu juga kalah pasal juri berat sebelah. Dunia ni macam-macam gelagat! Semalam juga aku pigi Mines jam 2 sampai jam 7. Untuk apa? Aku mau window shopping(kononlah) kasut, baju, barang perhiasan, DVD dan aksesori komputer, nda ketinggalan tingok handphone.Aku masuk Extra punyalah tekejut sebab durang buat jualan penghabisan stok! kenapa a? sebab harga minyak naik terus ka jadi strategi kurangkan cawangan. Hmm ni pandangan aku ja. Penat juga jalan sampai 5 jam. Sebab telampau penat aku makan 'quarter pounder' sorang-sorang. Hari ini, aku menjangkakan kerja yang lebih banyak sebab praktikal kan bukan pasal rajin. Kerja pertama yang aku buat, fax surat kepada Dekan untuk public

HUMAN CHAIN

Hari ini aku ikut program buat 'human chain'. Bangun awal pagi, berkumpul dan bejalan di bawah sinar matahari ke lebuh raya. Aku nda paham sangat kenapa durang buat aktiviti begini. Adakah untuk menunjukkan yang kita ni patriotik dan ada semangat nasionalisme yang tinggi? Kabar angin kata mau raikan menteri yang akan lalu di jalan ni, tapi tunggu punya tunggu rupa-rupanya Dato' Azalina yang lalu. Nasib baik beliau belari membuatkan aku respect dengan beliau. Kalau naik kereta ja melambai-lambai lagi la aku angin. Sempat juga aku tapak tangan beliau mendapatkan semangat balik la. Tapi aku nda suka penganjur memperdaya kami. Mula-mula kata ada T-shirt di bagi, tapi yang dapat cuma topi payung dan bendera Malaysia...mana t-shirt nya?Berlaku ketirisan ka?Biarlah durang...halal ja la. Alang-alang cerita semangat patriotik ni, aku mau kongsi pendapat aku tentang belia masa kini yang seolah-olah hanya tunjukkan semangat durang tu dengan kibar JG. Sebelum kibar JG, simpan di poket

kesibukan yang tidak sibuk

Hari ini ada pelancaran 'Cancer Material' oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Maka untuk mengumpulkan markah yang tinggi,aku menyibukkan diri dengan membuat tagging utk VIP, angkat kerusi dan menutup buka LCD...hehehe.Tapi kesibukan ni bukan saja sebelum acara bermula tapi lepas habis acara pun masi sibuk. Nipun curi-curi siapkan nota suara aku untuk hari ini. Aku juga sedang buat kertas kerja untuk bengkel orator, mencari pelapis universiti. Tim kami ni sekarang membuat persiapan untuk satu lagi pertandingan pada 8-12sept ni. Mula-mula mau buat interkolej tapi memandangkan kesibukan, maka jalan mudah dapatkan pelapis ialah dengan buat bengkel ja la. Aku rasa kesibukan ni bukan di tempat ni ja' sebab Hari Merdeka akan menjelang. Mungkin ada orang yang lebih sibuk dari aku. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

HARI WANITA KEBANGSAAN

Hari ini merupakan Hari Wanita peringkat Kebangsaan. Dengan tema memupuk generasi berkualiti, wanita Malaysia hari ini ingin menyahut cabaran dengan kekuatan seramai 8.1 juta wanita di dalam profesion pekerjaan. Di Malaysia, wanita merupakan komposisi gender yang lebih besar berbanding lelaki iaitu seramai 12.8 juta orang. Di ofis aku sendiri pun ada 11 wanita berbanding hanya 3 staf lelaki! Tetapi wanita hari ini seperti terlupa bahawa tugas untuk memupuk generasi berkualiti ini bukannya diukur dengan ramainya golongan ini di bidang pekerjaan. Seharusnya tugas untuk mencari nafkah diserahkan kepada golongan Adam ini. Tidak dinafikan tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Tetapi pepatah ini harus disesuaikan dengan kapasiti kelebihan wanita. Aku berpendapat golongan wanita harus memulakan tugas ini di rumah. Jangan kita bertindak ikut perasaan semata-mata sebab aku takut yang kita kejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Masalah remaja masa kini juga berpunca di r