Skip to main content

DASAR KELUARGA NEGARA

Ini antara yang terkandung dalam RMK9...tujuannya untuk mempromosi konsep mengutamakan keluarga..apa yang anda bole katakan tentang dasar ni dan matlamatnya.

Penekanan ialah bagaimana untuk membentuk keluarga yang berdaya tahan dan membentuk masyarakat yang lebih penyayang. Kita nampaknya cuba untuk masuk campur dalam hal yang lebih peribadi ni. Bukan tak boleh, tapi biarlah kerajaan menyelesaikan masalah yang bersifat nasional dan besar. Banyak lagi masalah lain yang tidak dpat diselesaikan, tapi sudah mau selesaikan pula masalah mikro masyarakat...

Bukan tanda protes atau tidak bersetuju, tapi biarlah kita memfokuskan terhadap perkara yang lebih mendatangkan kejayaan yang pasti dan boleh dicapai. Contohnya, kenapa tidak kita tumpukan usaha terhadap pembasmian penagih dadah. Ini isu nasional, bahkan lebih membahayakan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara amnya.

Cuba baca antara usaha Dasar Keluarga Negara:
  1. Program Pembangunan Keluarga.Bagi tujuan ini, program pembangunan keluarga akan dilaksana terutama bagi meningkatkan lagi penyertaan masyarakat dalam memberi perhatian kepada kumpulan masyarakat yang mudah terjejas kepada gejala sosial. Usaha akan terus diambil bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan melalui pembangunan, pelaksanaan dan perluasan program pencegahan, sokongan dan pemulihan. Program itu akan memberi penekanan terhadap budaya saling menghormati, menjaga dan berkongsi sumber dan tanggungjawab di kalangan ahli keluarga.Bagi tujuan itu, modul berkaitan peranan datuk dan nenek akan dibangunkan.
  2. Program Parenting@Work. Dibangun berdasarkan modul pembangunan keluarga sedia ada bagi menyediakan bimbingan mengenai kemahiran keibubapaan, memastikan kestabilan dan keutuhan unit keluarga serta melengkapkan keluarga dalam menghadapi cabaran hidup moden.
  3. Kursus praperkahwinan akan dijalankan secara lebih meluas.
  4. Media massa perlu memberi lebih penekanan dalam mempromosi dan menyebar nilai positif dan maklumat yang selaras dengan sosiobudaya negara dan kepekaan keluarga seterusnya menyumbang ke arah pembangunan individu dan keluarga.
Nota Suara Aku melihat ini sebagai satu pembaziran. Seolah-olah kita baru mencapai kemerdekaan. Semua benda baru hendak dimulakan. Pembaziran sebab setiap perancangan, pelaksanaan dan penyelidikan akan memerlukan duit dan selalunya projek bersifat nasional ini akan memakan belanja yang besar tapi tidak mendatangkan penyelesaian juga. Usaha ini juga sebenarnya bersifat tahi ayam..hangat sekejap tapi lepas tu akan sejuk...

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!