Skip to main content

tekanan?

Kekalahan skuad hoki Malaysia dlam kelayakan piala dunia sebab tekanan! Kesian juga, nda pasal2 tekanan disalahkan...apalah nasib tekanan!tekanan ada dua keadaan, ianya bole menjadi perangsang dan juga pelemah mental sesiapa juga.Tapi dlam keadaan ini, kenapa kita perlu menyalahkan tekanan, adakah sebab skuad hoki negara tidak mempersiapkan diri dengan persediaan mental sebelum datang bertanding? Antara alasan yang diberikan keadaan suhu di China yang mencacatkan stamina pemain..Kalau macam tu baik kita salahkan alam sekeliling la...

Masa kita meraih kejayaan dulu, tidak pernah terlintas di fikiran tentang kekuatan alam yang memberi sokongan kemenangan atlit2 sukan negara...tapi bila kalah yang berterusan, baru kita tahu akan kewujudan alam!hmmm..sedih untuk skuad negara!

Tapi kita jangan berpaling ke belakang, kerana di hadapan skuad negara ialah Piala Thomas yang akan berlangsung di Jepun! Kita sudah bernasib baik sebab tidak akan berhadapan dengan skuad China di pusingan awal dan juga separuh akhir,tapi jangan leka kerana Denmark adalah saingan di depan China....jangan kita bermimpikan mengalahkan China sedangkan negara terbabit seperti kucing yang bila2 masa saja akan menerkam Harimau Malaya ini....

Sebelum berjuang untuk negara, jangan lupa untuk menyediakan skrip dan hujah yang kuat untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah lama mengidamkan Piala Thomas tu balik ke sini selepas tahun 1992.....sekiranya gagal untuk mara! Cuaca di Jepun mungkin lebih rendah berbandingn China...jeng..jeng...jeng...adakah ni kelebihan untuk pasukan seperti Denmark dan England ataupun tuan rumah sendiri!

Format liga super juga berubah LAGI walaupun tidak sampai 2tahun dilaksanakan. Sedih melihat situasi bola sepak negara kita...belum sampai masa untuk menilai keberkesanan format yang kita gunakan, kesimpulan sudah dibuat dengan merujuk kegagalan format yang kita gunakan. Apa2 pun yang diubah adalah kononnya untuk melihat persaingan dan menghiburkan! Apa yang dihiburkan dan persaingan yang bagaimana hendak dilihat? Adakah persaingan untuk pemain import yang berlumba untuk mendapat kasut emas? Sampai bila2 pun kita tidak akan mencapai sasaran untuk masuk ke Piala Dunia 2012! apalagi tahun 2020 pun andai kita asyik mengubah format liga Bola Sepak negara kita yang sehingga kini tidak menunjukkan satu kemajuan melainkan kemunduran dan kemerosotan...

Kalau betul kita ingin melihat persaingan dan menghiburkan, kenapa tidak kita meniru seperti yang dibuat liga perdana Inggeris dengan format 20 pasukan berjuang demi ingin menjuarai liga Inggeris..lebih menghiburkan dan lebih mewujudkan persaingan antara pasukan...kalau kata untuk menghiburkan apakah indikator bola sepak negara kita suatu yang menghiburkan? Cukupkah dengan kehadiran yang tidak memberangsangkan penonton ke stadium? Adakah menghiburkan apabila pemain import mengisi carta teratas penjaring liga super mahupun liga perdana...ataukah cukup dengan melihat pemain2 tempatan dibolosi oleh pemain2 import ini...

Nota Suara Aku bangun untuk menegur sukan di negara kita yang meletakkan harapan pada suatu yang mustahil untuk kita capai walaupun boleh..tapi mustahil!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!