Skip to main content

Gen-M yang makin pudar.

Semalam 1mei merupakan hari buruh yang disambut oleh semua rakyat Malaysia yang bekerja mahupun yang tidak bekerja. Contohnya pelajar sekolah dan juga kedai-kedai kecik di pasaraya pun tutup.

Semalam juga pelanggan-pelanggan talian m**is merayakan pesta seribu sms dengan seringgit. Nampak macam mewah dan membuatkan kegembiraan di kalangan pelanggan-pelanggan tapi tanpa difikirkan dengan teliti, bagaimana hendak dihabiskan 1000 sms dalam masa kurang 16jam. Itu belum dikira dengan sms yang gagal dihantar atas kesibukan talian.

Akhirnya berakhir dengan satu penyesalan sebab tidak sampai seratus sms pun yang dihantar kepada rakan-rakan. Lebih merugikan sebenarnya sebab mungkin bukan aku shj yang buat tapi juga ramai lagi, yg mengirim sms berbentuk lawak tapi dgn tujuan mengenakan dan perli orang lain terutamanya pemilik hp sendiri. Kalau dikira dalam seratus sms yang aku terima semalam, hanya kurang 15 atau 20sms shj yg mengandungi unsur2 nasihat atau intelek. Selebihnya tidak bole diterima pakai.

Isu yang pasti kurang diberi perhatian ialah kita masih tidak berhemah semasa mengaplikasikan penggunaan teknologi yang ada. Kita juga tidak memikirkan terlebih dahulu baik buruknya sesuatu benda yang ada, melainkan kita dikaburi dengan nilai 1000mesej HANYA dengan seringgit....nilah antara nilai2 kemanusiaan yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat khususnya muda-mudi.

Bila berbicara muda-mudi ni dan nilai kemanusiaan, aku membuat analisis melalui pemerhatian yang generasi muda hari ini semakin pudar nilai bahasa dan adab ketika bercakap dengan orang yang lebih tua atau muda. Mungkin ini dianggap sebagai isu yang lama dan tidak perlu dihairankan, tapi semakin kita membiarkan dan mengabaikan, maka semakin itulah hidup kita akan diselubungi masalah. Pelbagai masalah dari sekecilnya sehinggalah membesar.

Kita suda tidak pandai untuk menggunakan bahasa yang baik dan lembut dalam bercakap. Jangan kaitkan isu ini dengan Kempen Budi Bahasa, sebab tidak ada kempen yang berjaya pernah dijalankan kerajaan.Semuanya bermula dari rumah, antara dua fenomena yang puncanya ibu bapa sendiri, gagal mendidik anak-anak. Seterusnya anak pula gagal untuk memahami dan menilai sesuatu perkara baik atau buruk.

Perkataan-perkataan seperti Bodoh la ko ni!....Sial btul!....Celaka....Setan.....Babi....dan kaum kerabat makian semakin menjadi norma hidup dan sebati.Gen-M pula smcm satu kemestian yang perlu utk diucapkan setiap hari...disinilah isunya,apabila menjadi kebiasaan antara kawan, maka apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, seperti tidak ada rasa janggal dan tidak selesa.Mungkin mak bapa tak ajar....tu yang aku cakap semuanya datang dari rumah!

Kedua, mungkin disebabkan pengaruh ICT yg cukup luas dan tidak mampu disekat oleh ibu bapa, menyebabkan anak-anak semakin tidak terarah. Tapi itu alasan yang remeh,sebab sebagaimana yg aku katakan, anak-anak kalau dia faham dan tau untuk menilai sesuatu itu maka tidak menjadi masalah.

Nota Suara Aku menantikan bila akan ditemui Gen-M yang sejuk mata memandang, tenang jiwa berbicara....

Comments

Amin Ahmad said…
nasib baik kau sokong Chelsea..so, kena damai la dengan kau..hehe

1) tentang sms tu..hehe..nasib baik aku tak terpedaya. aku dah pesan pada kawan2. aku pun byk dpt sms tapi 50-50 antara yang bermanfaat dan tidak.

2) soal bahasa..ramai orang anggap ia soal remeh. lebih jauh daripada soal cakap2 tak sedap ni..banyak lagi yang perlu dibetulkan. tapi kalau idealisme ni tak tumbuh di dbp, kpt, fakulti bahasa..maka kita boleh terus berangan2.

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...