Skip to main content

JANGAN BUAT KERJA SEPARUH...

Gampang juga cc ni...bising mau mampus! Budak2 dalam cc ni nda lain main game ja...sekarang musim game masi lagi jadi kegilaan rupa2 nya...inilah antara punca kemerosotan budaya pelajar di seluruh negara...kenapa kerajaan nda ambil berat tentang keadaan ni? Apabila berlaku kejadian yang lebam2 dan pukul-memukul di kalangan budak sekolah, baru sibuk cari siapa dalangnya dan di mana bocor tempayan yang diisi air...tanpa disedari tempayan tu nda ditutup dan akhirnya terwap (kalau betul istilahnya) akibat panas matahari di atas kepala....jadi siapa salah? Kemudian, sekarang ni Kem Pelajaran sibuk merangka cara untuk mendidik pelajar yang dibuang sekolah...kononnya tidak sepatutnya dibuang dan diabaikan begitu sahaja...dalam erti kata lain, Kem Pelajaran mau bagi muka dengan pesalah2 ni....begini, aku nda membantah tentang usaha ini, tapi jangan kita buat kerja separuh.....macam juga PLKN ni....

Semalam juga aku baru baca tentang penyingkiran Lotter dari AF4..sebelum ni aku hanya dengar2 pasal AF4 ni, tapi selepas ada kemajuan sikit, baru aku dapat tengok AF4 konsert ke6 minggu lepas....yang membuat aku marah apabila penyingkiran Lotter fffffrrrriiiinnngggsss....aku ni bukanlah fanatik sangat mahupun menyokong artis Sabahan...tapi ramai juga tahu dan bukan buta pun, ada pelajar yang bengap dan bodoh! tapi nda tersingkir pun....mungkin bahasa aku kasar bukan seperti selalu...tapi ni hakikatnya! kebodohan dan butanya pengundi2 untuk mengekalkan pelajar kesukaan durang ni amatlah tidak sihat...mungkin pertandingan seperti AF ni tidak sepatutnya dilanjutkan lagi....walaupun pihak penganjur mendapat keuntungan yang ber 'tsunami' ganda.....jangan kita buat kerja separuh.....macam AF1, 2 dan 3.....

Aku mau cerita sikit tentang kerja aku sekarang ni....aku rasa antara orang yang beruntung sebab dapat pekerjaan yang hasilnya boleh dikatakan lumayan walaupun sedikit berat sebab kadang2 kerja sampai jam12 tgh malam....tapi selalunya orang akan tengok kepada hasilnya kan...nda kiralah kerja tu berat ataupun sekadar goyang kaki di pejabat.....orang kerja aku pun kerja..orang cuti, aku kerja lagi...tapi kdg2 tu org kerja aku cuti....hahahahahahha...macam hari esok la.....tapi tidak dinafikan ada dugaan dan godaan yang datang dari persekitaran...contohnya, ada kawan yang mau berenti sebab nda tahan kerja ni...cis! datang jauh2 tapi senang2 ja mau berenti...kerja tu bukannya berat sangat pun....ada juga kawan yang menawarkan kerja yang lebih baik, atau lebih ringan sedikit....tapi aku tolak juga...bukan jual mahal, tapi setakat hari ni aku masih suka dengan kerja aku ni...paling penting matlamat nya nanti lepas 6bulan balik Sabah....jangan buat kerja separuh...mana tau dalam tempoh 3tahun boleh jadi GM pula....

Nota Suara Aku akan berenti di sini untuk menyeru semua orang yang pandai membaca tulisan aku ni supaya JANGAN BUAT KERJA SEPARUH.....nanti hasilnya pun separuh...tu pun kalau ada lah....Adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!