Skip to main content

Motivasi dari Nepal

Bila kita selalu tengok gelagat manusia di sekeliling, baru dapat membuka mata kita tentang watak2 manusia yang tercipta hasil daripada persekitaran...ada yang didorong oleh nafsu dan ada juga yang menjadikan akal sebagai peneraju membimbing.

Sebelum ini, aku selalu beranggapan bahawa orang Cina adalah pelanggan yang paling cerewet ketika membeli-belah. Tapi selepas dua minggu aku melihat gelagat pelanggan, baru aku tau yang itu cuma stigma kita. Hakikatnya siapa2 pun memang cerewet....jadi etnik yang cerewet ni bukanlah milik masyarakat Cina....Melayu dan India pun sama juga....

Sedar atau nda sedar, motivasi ada di mana-mana. Terpulang pada kita untuk memilih dan mencari motivasi tersebut...contohnya, aku bekerja bersama dengan pekerja asing(nepal).... aku nda payah cerita yang buruk nya tentang durang. Tapi apa yang baiknya durang ni, semangat dan usaha mereka untuk mencari sesuap nasi di negara asing. Masuk kerja jam10 pagi, balik jam12 tgh malam....tapi aku nda pernah dengar durang mengeluh...mereka juga manusia biasa, yang dikurniakan upaya dan penat....tetapi berbanding dengan kita, yang tidak pernah menggunakan kesempatan untuk bersyukur....

Kadang-kadang aku pernah juga dihasut untuk berenti kerja dan mencari kerja yang lebih 'goyang kaki' dan stay di ofis...sesuai dan setaraf dengan kelulusan yang diperolehi sekarang...ini sedikit sebanyak melemahkan semangat juang aku...tapi aku menjadikan pekerja asing ni sebagai motivasi...bagi sesetengah orang bekerja dari jam9 pagi ke 12malam memang meletihkan...aku juga terasa sedemikian...namun dengan menjadikan mereka sebagai role model, ini dapat membangkitkan semangat aku untuk terus bekerja....

Di sini juga, aku baru dapat merasakan kepentingan untuk kita meletakkan matlamat jangka pendek dan panjang...wawasan yang dicipta bagaimanapun mestilah selaras dengan kemampuan...orang bilang berpijak di bumi nyata....untuk matlamat jangka pendek, aku mau kerja yang dekat dengan keluarga....dan aku berjaya dapatkan nya,tapi tunggu januari taun depan la....

Nota Suara Aku macam seorang motivator pula....ini sebahagian cita2...tapi sekarang ni kena tangguh dulu la...stabil kan ekonomi keluarga dulu, baru ambil master dan PhD dalam psikologi pula....tunggula kemunculan aku....adios!

Comments

Anonymous said…
bagus semangat juang kamu ir, teruskan belajar dari manusia2 di sekeliling kita, yg baik dijadikan contoh, yg tak baik di buang jauh2..

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!