Skip to main content

Bahasa Melayu?

Macam biasa la akhbar sekarang ni, tiap kali aku tengok muka depan ja, mesti aku akan tersengih menyindir apa2 la yg dibuat di negara kita ni....

Nda abis satu, satu hal lagi dibangkit kan...Tajuk utama berita hari ni mengalahkan masalah jerebu yg melanda negara kita...suma tau, cuaca jerebu yg mengganggu pemandangan kita sehari2...tapi ada lebih utama lagi...Apa lagi kalau bukan jeberu bahasa di negara kita...

Semacam satu senario bodoh, bila kita dulu suruh orang belajar bahasa asing konon utk memudahkan kita berinteraksi dengan orang luar...supaya kita dapat mencapai minda kelas pertama....dan supaya kita disanjung oleh orang luar bahawa kita ni tidak pernah ketinggalan dalam apa juga hal berkaitan dunia...

Bahkan tempat kerja aku sekarang, aku akan nampak majoriti pelanggan bertutur dalam bahasa asing, bukan saja dengan rakan sekerja tapi juga dengan anak2 sendiri pun begitu juga....tidak kira orang Melayu orang CIna orang India, orang putih jangan cerita lah....aku pun kadang2 terseliuh lidah ku untuk menjawab pertanyaan mereka dengan bahasa asing ni....

Sekali imbas, aku kagum dengan orang Melayu yang sangat fasih dengan bahasa asing...orang kata sejibik macam orang putih....macam menonton drama atau filem orang putih pula... mungkin sebab orang Melayu sekarang putih2 kebanyakannya...jaga kulit la kononnya...diorang terlupa yg diorang tu orang Melayu yang lahir di tanah Melayu dan ada bahasa sendiri...

Dua kali imbas, diorang ni mungkin keliru dengan siapa Melayu? ditambah lagi dengan pakaian yg sudah tidak melambangkan diorang tu Melayu ,baju kurung tak pakai lagi, tudung tutup kepala ja, berseluar menampakkan bulu kaki yang tidak lebat pun....

Semuanya kerana pembudayaan bahasa asing yang sebenarnya merupakan agen terpenting dalam penyebaran budaya di mana juga pun...bahasa pun semua orang tau, ciri utama dalam pembentukan sesebuah tamadun...jadi wujud ka Tamadun Melayu?

Makin aku berfikir tentang nasib bahasa, makin aku bosan dengan negara kita....rumah tidak mau didatangi semut, tapi sengaja ditumpahkan gula di dapur....tandas pula tidak mau lagi basah, tapi mandi kena guna air...kalau m'cebok lepas berak mungkin suda ada tisu tandas....

Kini, DBP bakal diberi kuasa untuk memberi AMARAN terlebih dulu kepada pencemar bahasa, sebelum boleh didenda RM1000...hei! dan Hoi! pencemar bahasa ni setahu aku bukan lah tinggal di pondok kecil di ceruk kampung sehingga takut dengan denda sebanyak tu....akai ada tara?

Kedua, denda berkesan kah untuk mengembalikan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa RASMI....setakat ditayang di papan tanda atau lebih dikenali dengan billboard!, atau jadi penunjuk arah di mana kedudukan Lebuh Perdana, eh yg orang tau senang nak sebut Boulevard....Alamanda atau bunga entah apa nama Melayu bunga ni....bunga taik ayam kot! tak sedap pula didengar..macam biadap pula....tak Melayu pula...

Siapa yang mau menyusahkan diri kembali ke zaman batu, penat2 belajar bahasa asing tapi interaksi dengan bos dengan bahasa Melayu pula....

Ketiga, seingat aku bahasa asing sekarang ni antara aset orang lepasan univ. bila hadir temuduga/ interview...siapa saja pun guna bahasa asing....orang kata nilai tambah dalam cari kerja....sekolah pun guna bahasa asing dalam P&P matematik dan sains....universiti pun guna perantara bahasa asing dalam pengajian termasuk Tamadun Islam dan Asia

Keempat, kita mau mendera orang bukan Melayu yg tak mahir bercakap bahasa Melayu? Kesian diorang, sebut R pun ARRE tak pun alle'....oh! mungkin juga diorang ni dikecualikan dari menggunakan bahasa Melayu..alamak sakit kepala orang2 besar...

Nota Suara Aku sekadar bersuara ikut nota suara aku...inikan negara demokrasi...bebas bersuara..dan aku rasa tidak menyalahi perlembagaan pun....boleh jadi teks bacaan sekolah rendah dan menengah lagi....

Tahun 2020, wujud lagi ka bahasa Melayu?....nanti tanya Nujum Pak Belalang la...

Comments

Alief_Eikhwan said…
Man...kalo aku yang ambik TESL ni...camna ek?Nanti aku speaking,ko kata aku ni gedik plak...ahaks....hahahahah...teda bah...men2 jak...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....