Skip to main content

Rumah Ku Akan Di Roboh?

Hari ni baru aku ada keinginan mau post NSA...
Bukan apa,tapi sejak kebelakangan ni segala macam yg aku mau buat tergendala akibat penyakit malas yg menyulubungi diriku...

Raya sudah berlalu seminggu tepat...dan arini org suda beraya hari yg ke8...
Suasana raya taun ni cukup sedih bagiku...pertama kali dalam 23taun,aku beraya jauh dari keluarga...bukan aku nda mau balik...tapi kekangan tempat kerja dan jarak menjadi penyebab....

Malam raya disambut dgn linangan air mata bila call mama n adik lelaki ku...biasala org mcm aku ni, nampak ja cool tapi jiwa cair bila dgn keluarga esp mama ku...klu dgn bapa ku, nda bole sbb bapaku ni jenis yg keras hati...tapi aku tau bapa mesti sedih bila aku nda balik...aku saja yg nda balik, semuanya dapat balik...

Semalam ada lagi perkara berbangkit berkaitan rumah ku di Kg Air Sandakan tu...
Selepas dua taun kami buat rumah di atas air tu,ahad lepas ketua kampung dgn selambanya cakap rumah mesti kena roboh sebab jambatan yg bakal dibuat selepas menunggu 4taun(wah besar sungguh projek ni smpi ambil masa 4taun baru mau buat)...

wah,sedap dan mudah pula KK ni cakap..ingat ni rumah macam jin yg buatkan istana utk aladdun ka...

Kes nya, bila jambatan yg mau dibuat tu,betul2 tengah2 rumah ku...jadi katanya(KK),rumah kami ni mesti dirobohkan...aku rasa klu mulut KK ni disumbat dgn kapas berdaun wang ringgit, mesti jambatan tu bole diubah...apa salahnya klu jambatan tu yg disasarkan sedikit dari tempat asalnya...bukannya mau buat KLCC kedua pun, ataupun mau buat laluan kapal terbang...

Mesti dia ingat, kami akan ikut cakap dia..hello, anybody home? Dia ingat kami nda belajar tinggi mcm dia?aku pun bukannya pandai dlm hal2 sebegini..jadi kalau ada yg tau dan mahir dlm hal ni,tolongla aku mcm mana mau disetelkan....

Tapi berlaku perkara pelik...bila bapa pegi MPS dan jumpa pengarah ka apa tu yg paling tinggi jawatannya d MPS tu..dgn terkejutnya, dia kata baru tau masa bapa aku cakap...bukanka setiap keputusan perlu ada kelulusan dari dia...tapi kenapa hal ini dia nda tau?setiausaha tak setia kot...berusaha sendiri2 koononnya menyelesaikan masalah orang kampung...

Lagi satu,bila ada timbul projek ni..barula timbul batang hidung KK dan pengerusi JKKK di Kg Air ni...aku tau la kg.Air ni kecil ja...Ketua Menteri Sabah pun tak mau tau walaupun tinggal di Sandakan...apalagi PM yg tinggal Putrajaya/Pulau Pinang...jauh sangat tu...tapi perkara ni kalau dibiarkan yg tertindas akan terus tertindas..dan dizalimi akan terus dizalimi...klu benda ni tak setel dgn berpihak pada kami....ntah la mau cakap apa lagi...hanya tinggal berserah pada Allah...

Nota Suara Aku akan balik kg jumaat ni utk beraya..itupun klu masih ada rumah la...tapi kalau ada yg tau mcm mana mau setelkan perkara ni...tulis komen dgn akta atau undang2 sekali...klu dapat hantar dgn PM lagi bgus..biar diorang ni sedar....

ADUN pun tak mau lawat2 tempat paling cantik di Sandakan ni...ntah dia tau ka tidak masalah rakyat...

p/s:jangan ada kes kedua ADUN di minta letak jawatan kali ni oleh TYT sudah la...

Comments

Anonymous said…
Ir,mau komen apa ya...kalau dibuat jambatan tu tinggi melepasi rumah macamana,macam jambatan Pulau Pinang tu, ataupun rumah itu di ubah kedudukannya sedikit.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!