Skip to main content

Graduan tidak berkualiti: Henti salahkan dasar kerajaan

JELI 18 Nov. – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed hari ini meminta pihak tertentu menghentikan kecenderungan menyalahkan dasar kerajaan sebagai punca kualiti kebanyakan graduan pusat pengajian tinggi negara tidak mencapai tahap diharapkan.

Mustapa berkata, siswazah juga terutama bumiputera perlu memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti mereka agar mampu ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan orang lain dalam bidang pendidikan.

“Memang kita (kementerian) masih tidak berpuas hati dan akan menggandakan usaha dalam memajukan pendidikan tinggi dalam negara, namun kita juga berharap siswazah juga memainkan peranan untuk membina daya saing, belajar bersungguh-sungguh dan mencapai tahap first class atau sekurang-kurangnya second upper”.
“Jangan hanya salahkan dasar kerajaan seperti isu meritokrasi atau kokurikulum yang tidak sesuai dengan perkembangan semasa atau sebagainya.


Ini tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2006 Parlimen Jeli di sini.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengulas isu melibatkan kementeriannya yang dilihat belum mencapai tahap membanggakan sebagaimana dibangkitkan beberapa perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir di ibu negara semalam.

Beberapa isu dibangkitkan antaranya meritokrasi, kokurikulum yang tidak berkembang seiring dengan masa dan jumlah siswazah menganggur yang ramai.

Mustapa berkata, sistem pendidikan di pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini mendapat pengiktirafan banyak negara luar yang turut berminat menghantar pelajar mereka melanjutkan pengajian di negara ini.

Dalam masa yang sama, katanya, kementeriannya juga mengambil langkah perlu, antaranya, mengubahsuai kokurikulum dengan lebih kerap, menyediakan kemudahan secukupnya yang diperlukan serta sentiasa memastikan pensyarah menekankan keberkesanan kaedah pengajaran mereka.

Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan sumbangan kepada 110 pelajar dari kawasan Parlimen Jeli yang mendapat keputusan cemerlang UPSR baru-baru ini.

Mustapa, Ahli Parlimen Jeli dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas menjadikan kediamannya, Darul Falah di sini sebagai pusat tuisyen untuk pelajar UPSR.
– Bernama


Suda lama rasanya aku nda ambil petikan akhbar utk komen apa yg jd...jd aku ambil satu yg pernah aku alami. Graduan atau siswazah tidak mencapai standard yg baik. Banyak punca yg bole jd penyebab nya...

Bila ada pihak yg dipersalahkan, pihak tersebut pasti xkan mengaku yg itu salah mereka.Mereka akan mencari pihak yg lain pula utk dipersalahkan. Lebih tau lagi,pihak ini sekiranya ada autoriti, maka akan mengeluarkan statistik yg pasti hanya pembohongan semata2 utk mengaburi mata mereka yg tidak tau...

"Ini tidak adil"
lucu juga dengar kenyataan ni...adil la tu,klu nda mau disalahkan jgn pegang tanggungjawab...kan bagus klu ckp, okla, kami akan memperbaiki sistem di universiti...ini tidak, mengambil jalan mudah utk menyalahkan punya badan...siswazah sendiri,malah spesifik bumiputera lagi...

Pengiktirafan..
pentingka pengiktirafan tu? Kita selalu mencari pengiktirafan dari org lain,khasnya negara2 kecil pula tu...mmg la negara miskin iktiraf sbb kita lagi bagus...

Pembuat dasar mmg bersalah sangat2 dlm hal ni...aku bg contoh,klu sistem tu baik,kita akan nampak majoriti daripada pengikut akan berjaya..senang cerita, aku ambil contoh sekolah berasrama penuh(SBP) la...majoriti pelajar nya mendapat kelulusan yg sangat baik berbanding dgn sekolah biasa..sistem yg dibuat tu memberikan mereka lebih ruang utk lebih berjaya...

Ada pelajar baik, yg tidak berpeluang bersekolah SBP ni, menjadi semakin merosot dlm pelajaran disebabkan sistem yg diaplikasikan di sekolah tidak ada ruang utk nya berjya...

Nota Suara Aku mungkin ni hanya pandangan secara rawak, tapi aku percaya setiap apa yg aku cakap ada betul nya...aku juga pernah masuk U, dan aku sokong kenyataan org yg menyalahkan pembuat sistem...jadi apa lagi...

Comments

Anonymous said…
Irman,sistem pembelajaran kita ada tak yg mementingkan self improvement...takde yg khususnya...yg ada hanya matapelajaran akedemik sahaja so mereka berusahalah utk mencapai tahap yg bagus dlm akedemik...penampilan diri pandai2 ler sendiri ...
Anonymous said…
kadang Am pelik kenapa sistem pebelajaran kita tak sama antara sekolah yg berjaya dgn yg tidak?
Kerajaan pula selalu meyalahkan pihak lain tan[pa ingin memegang tangjawab atas sesuatu kesalahan itu walaupun pada hakikat sebenarnya mereka yang memegang kuasa untuk sesuatu dasar itu.
Zinnia Rum said…
sori irman. mungkin agak lambat untuk beritahu kau.

kawan kita, ex xlassmate kita azha yang selalu bersama2 rakis dan selalu berkumpulan dengan aku tu.. ingat lagik?

dia sudha kembali ke rahmatullah pada khamis lepas. punca kematian masih minteri lagi. dalam 2 minggu lagi lepas post mortem kita akan tahu.

al-fatihah...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!