Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2006

JANGAN CEMBURUKAN CHELSEA

Chelsea menang lagi...itu ja post utk hari ni.

Iklan Arak dalam Akhbar

Hari ni ada berita yang mau aku khabarkan...tapi nda tau la sejauh mana nilai beritanya..tapi yang pasti, aku mau kongsikan semalam time aku baca akhbar inggeris..ulangan, akhbar inggeris...aku terkejut tengok iklan satu suratkhabar tempatan menyiarkan iklan arak! Bukankah iklan seperti ini tidak dibenarkan? Jangan kan iklan arak, bahkan iklan rokok juga tidak dibenarkan... Mungkin kita terlepas, tapi jangan lah ini dijadikan alasan..sebab perkara pertama yang perlu diingat oleh akhbar ialah undang-undang yang perlu dipatuhi...dimana ketelusan akhbar sebagai medium yang menyiarkan berita kepada masyarakat? Nota Suara Aku tidak tahu bagaimana untuk menyebarkan perkara ni supaya didengar oleh kerajaan, tapi aku harap ada pihak yang akan membantu...bagi sedar sikit diorang ni daripada buat perkara macam ni....

Pembebasan

Hari ni merupakan hari pembebasan aku dari segala masalah yang menyelubungi pikiran aku. Hari ni setel semua projek kajian aku utk dihantar dgn pensyarah. Aku berjaya juga menentang sikap malas dan bertangguh yang membayangi aku. Terasa kepala ni ringan sangat sebab beban sudah kubebaskan. Tinggal lagi menunggu keputusan projek ni. Tapi apapun biarlah apa juga keputusannya aku terima dengan hati yang terbuka. Nota Suara Aku sudah lama menunggu masa begini lapang..masa ni memang sudah wujud lama cuma aku sengaja melambat-lambatkan keadaan...selamat bercuti dan selamat Hari Pekerja isnin nanti kepada semua pekerja!

BERITA SAMPAH!

Hari ni ja ada dua kes lafaz cerai yang popular...kenapa kes2 mcm ni pun mesti dihebohkan oleh media..untuk apa dikhabarkan kepada dunia tentang perkara ini. Bukankah ini akan menjatuhkan maruah mereka yang terlibat khususnya bagi pihak perempuan..mesti tidak dapat lari daripada kritikan dan pendapat masyarakat bahawa yang jahat mesti lah perempuan...sebab nda pandai jaga suami... Aku kira banyak lagi berita yang berfaedah untuk didedahkan oleh media..kalaupun ni tanggungjawab...dalam kategori mana berita macam sampah ni! Mungkin terdesak untuk mendapat perhatian masyarakat supaya membeli akhbar...bukan cerita begini saja yg tidak penting..malah cerita artis berebut pasal awek pun masuk berita juga...bukan ka bagus kalau akhbar atau media menumpukan banyak kepada hal2 penting negara...sekarang kan sedang berlangsung pembentangan di Parlimen..jadi kenapa tidak diwujudkan satu segmen atau slot untuk bahan2 yang dibincangkan di Parlimen tu.. Konon nya kita ingin mengwar-warkan minda

Marahkan mangga Siam, mempelam dibuang!

M empelam sala tewas kepada mangga siam..sedih apabila tengok suratkhabar hari ni. Sebab kecewa dengan org yg tak membeli mempelam sala,penjual lebih sanggup utk membuang dari memberikan kepada mereka yg tidak bernasib baik... Mungkin ini sebahagian daripada sikap kita yg tidak bagus. Apalah salahnya kalau kita berikan atau sedekah kan mempelam tu daripada kita buang begitu sahaja. Mungkin kita tak dapat pulangan dari segi material, tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Persaingan ini memang tak boleh dielakkan lagi, maka kita jangan hanya membiarkan produk luar menguasai pasaran tempatan. Ini bukan kes kera di hutan disusukan, maka anak di rumah mati kehausan...tapi persoalan peniaga2 tempatan yang tidak meluaskan skop pasaran. Mungkin aku hanya tau bercakap, tapi tak bolehkah pembekal2 mempelam sala ni mencuba pasaran negara jiran pula, tak mengapalah mangga dia jual kat sini, mempelam kita pula la ke sana..ataupun kenapa tidak kita pasarkan di Sabah & Sarawak pula...rasa

Nasihat utk Budak Sekolah

Hari ni rasmi la sudah aku tamat belajar di upm..bukan sebab sudah grade..tapi hari ni merupakan paper terakhir xm dalam bacelor komunikasi ni...tinggal satu lagi urusan, apalagi kalau bukan projek kajian yang nda siap2 sampai sekarang ni...pemalas betul la aku ni.. Semalam junior aku hantar mesej setelah lama nda kirim...biasala budak sekolah, bukan ada duit pun topup, ada hp pun bapa yang kasi...topup lagi la...(aku sendri pun belum berduit). Kesian juga bila ada budak sekolah mau minta kaunseling dengan aku..padahal aku ni bukan seorang pelajar yang terbaik pun, cuma nampak gah la..yalah apa yang nda gahnya, spm result cuma 4subjek kredit....2paper tu hampir gagal tapi nda gagal la...dlm stpm pun cuma dpt B,D,E,E...mesti bangga juga sbb yang penting 4P janji masuk U....nasib baik bumiputra...mungkin kuota tu masih wujud walaupun digembar-gemburkan sudah dimansuhkan... Balik pd cerita junior aku ni, result fom4 dia 'turun-naik'...istilah apa yg dia guna aku pun kur

Nota Suara Aku

Iran nampaknya masih tidak berganjak daripada usaha untuk membangunkan aktiviti nuklear nya..manakala US semakin pening kepala berusaha untuk menyekat.Atas nama keamanan Iran teruskan jua pendirian nya walau akan tiba bencana yang tidak diketahui. Atas nama keamanan juga, US sentiasa cuba membantutkan apa juga usaha yang dilihat akan mengancam US. Tapi disebalik pertelingkahan dua negara ni, seluruh dunia mengalami ancaman kenaikan harga minyak di seluruh dunia. Dari hari ke hari harga minyak semakin tinggi dan hampir mencecah US$ 75 setong. Tapi bahang tu tidak pun nampak membahayakan rakyat dan kita masih mampu menghirup udara dengan penuh keselesaan. Mungkin sebab kita yakin minyak di peringkat domestik tidak akan naik lagi tahun ni memandangkan kerajaan sudah berjanji.Tapi moga2 janji jangan tinggal janji kerana subsidi minyak yang dijimatkan untuk tabung pengangkutan awam tu semakin mengecil dan semakin tinggal jadi tabung sahaja. Minggu lepas juga kes kematian di landasan ker

Blog vs Myspace

Cerita pertama hari ni kekalahan Chelsea dlm semifinal juga kpd tim yg sama...Liverpool! Perkara pertama yg aku pikir dan terlintas ialah ni mesti politik inggeris pula...supaya Chelsea jangan menang piala yang ada di England tu...kalah dengan jaringan 2-1 pula tu...mungkin juga percaturan Morinho salah, tapi mau komen pun bukan pandai sangat..yalah, kalau pandai nda la aku jadi student...mesti jadi coach Malaysia..nda pun Sabah pun jadilah... Ok,tu cerita selingan awal. Sekarang masuk cerita yang sepatutnya aku mau tulis..Semalam aku sembang dengan sorang budak junior debat, dia kata apa kelas dengan blog...main dgn myspace lagi bagus, dapat banyak member....ni memang la takder kelas....sebab tahap minda dia ni masih belum smpi ke tahap blog lagi...setakat myspace ni budak2 umur 10tahun pun tau la...tapi mana ada budak umur 10 tahun buat blog.... Mungkin dia x bole dipersalahkan sepenuhnya, tapi kalau x tau suatu benda jangan CAKAP! ni bukan mau cari gaduh, cuma nak bagitau. Ka

RIndu bangat sama Nasi Kuning

Nasi Kuning adalah fevret klu aku d ruma. Sekarang ni aku dlm kerinduan yang amat sangat dengan makanan ni, lebih2 lagi masakan mak atau kakak aku ni...aku cuma berpeluang untuk balik ke kampung bulan lima ni,tapi antara masa depan dan kerinduan yang tidak tertahan...aku pun kurang pasti dan kurang bijak untuk memilih mana satu yang patut didulukan... Terasa terseksa nya aku kalau macam ni keadaannya selalu..klu dulu aku masih bole gantikan Nasi Kuning ni dengan makanan lain, tapi skrg ni sangat2 kritikal sudah... Satu lagi problem mcm mana mau bawa balik barang2...yalah kan sudah abis belajar! Malam ni pula Chelsea vs Liverpool dlm semifinal Piala FA...ni bukan cerita bola sepak Malaysia,tapi lebih "menarik dan menghiburkan".....Harap2 Chelsea tidak la kecundang sekali lagi dgn Liverpool ni..cukup la semi UEFA.... Nota Suara Aku mungkin akan sunyi lagi kalau aku suda balik Sabah...paham2 ja la, masalah komunikasi kan....

tekanan?

Kekalahan skuad hoki Malaysia dlam kelayakan piala dunia sebab tekanan! Kesian juga, nda pasal2 tekanan disalahkan...apalah nasib tekanan!tekanan ada dua keadaan, ianya bole menjadi perangsang dan juga pelemah mental sesiapa juga.Tapi dlam keadaan ini, kenapa kita perlu menyalahkan tekanan, adakah sebab skuad hoki negara tidak mempersiapkan diri dengan persediaan mental sebelum datang bertanding? Antara alasan yang diberikan keadaan suhu di China yang mencacatkan stamina pemain..Kalau macam tu baik kita salahkan alam sekeliling la... Masa kita meraih kejayaan dulu, tidak pernah terlintas di fikiran tentang kekuatan alam yang memberi sokongan kemenangan atlit2 sukan negara...tapi bila kalah yang berterusan, baru kita tahu akan kewujudan alam!hmmm..sedih untuk skuad negara! Tapi kita jangan berpaling ke belakang, kerana di hadapan skuad negara ialah Piala Thomas yang akan berlangsung di Jepun! Kita sudah bernasib baik sebab tidak akan berhadapan dengan skuad China di pusingan awal dan ju

MUSIM PERIKSA

Sekarang ni aku dalam dilema..hahaha bukan putus cinta, tapi baru mau jumpa cinta. Tapi itu gurauan ja, sekarang ni aku dalam dilema, macam mana mau jawab exam sebab studi pun ala kadar ja...bukan ambil ringan pasal xm tapi, sbb yang diajar lecterur pun sikit, maka yg dibaca juga sikit la... Semalam baru abis satu paper, ari sabtu ni paper kedua dan last paper 25hb nanti...aku rasa aku antara student yang abis awal...betapa gembiranya hati ini kalau dapat balik rumah awal..tapi sekarang ni aku dalam dilema, yalah nda kan balik rumah menghabiskan beras ja kan..mau kerja di semnjg ni pula, aku ni hanyalah seorang perantau.. Aku sudah penat untuk belajar, ditambah lagi belajar jauh dari keluarga...sejak fom1 lagi memang duduk jauh dari keluarga...lepas tu fom4 lagi jauh dari keluarga...masuk U pun lagi jauh..mungkin ni yang dikatakan jihad..pengorbanan seorang penuntut ilmu...tapi hakikatnya aku sudah penat menanggung rindu rumah! Nota Suara Aku suda lama nda memekik telolong dalam

Sedih...

Perkara pertama aku sedih sebab Mandisa terkeluar dalam American Idol...maksudnya aku nda akan tengok American Idol lagi lepas ni... Kedua, aku dilanda selesema sejak semalam..yang nda tahan tu,bersin berterusan sampai mau sesak nafas aku...tapi tetap sabar jugala.. Ketiga, majlis tayangan Persona Non Grata tamat semalam, menandakan berakhirnya bencana yang perit...tapi yang sedihnya, aku baru terasa ruginya sebab tidak melibatkan diri secara langsung dengan program ni, dari ucapan pensyarah semalam baru aku sedar yang pengalaman tu adalah keutamaan dan menjadi aset pelajar...lebih2 lagi dengan gabungan dengan pelajar master yang pastinya berpengalaman.....tapi apapun semuanya sudah berakhir.... Keempat, Juve terkeluar pula dari saingan bola pagi tadi....selepas Inter Milan pun terkeluar semalam...bermakna berakhir sudah minat aku untuk tengok UEFA untuk tahun ni lah....tahun depan cuba lagi.. Nota Suara Aku sempat juga tengok Jack & Bobby walaupun hanya 15minit terakhir....sekara

PERSONA NON GRATA ( MALAM PERTAMA)

Semalam hari pertama tayangan amal filem Persona Non Grata anjuran pelajar Sarjana dan Sarjana Muda. Apa yang penting dan sangat perlu untuk aku simpan sebagai sejarah ialah, pentingnya ada blog sebagai medium penyebaran maklumat. Ini disebabkan iklan yang aku buat pasal tayangan untuk filem ni mendatangkan hasil yang memang aku harapkan akhir2 masa sebelum tayangan semalam. Pukul 2.01petang, HP aku menerima mesej YM dari yaya (nama YM) bertanyakan pasal tiket tayangan. Mungkin ini yang dinamakan rezeki, bukan satu atau dua tiket yang diminta Yaya tapi lapan tiket! Ini yang membuatkan aku bangga dengan Nota Suara Aku...terima kasih kepada azhan (sumber inspirasi kewujudan NSA), tanpanya tidak mungkin tiket tu dapat dibeli oleh Yaya. Bagi yang masih belum tengok dan ingin dapatkan tiket untuk filem Persona Non Grata ni, bolehlah datang terus ke lokasi tayangan, Dewan Besar UPM pada pukul8.00 malam. InsyaAllah, Hans Isaac datang mungkinlah! tapi Erra mungkin tak datang...sedih! Nota Suar

DASAR KELUARGA NEGARA

Ini antara yang terkandung dalam RMK9...tujuannya untuk mempromosi konsep mengutamakan keluarga..apa yang anda bole katakan tentang dasar ni dan matlamatnya. Penekanan ialah bagaimana untuk membentuk keluarga yang berdaya tahan dan membentuk masyarakat yang lebih penyayang. Kita nampaknya cuba untuk masuk campur dalam hal yang lebih peribadi ni. Bukan tak boleh, tapi biarlah kerajaan menyelesaikan masalah yang bersifat nasional dan besar. Banyak lagi masalah lain yang tidak dpat diselesaikan, tapi sudah mau selesaikan pula masalah mikro masyarakat... Bukan tanda protes atau tidak bersetuju, tapi biarlah kita memfokuskan terhadap perkara yang lebih mendatangkan kejayaan yang pasti dan boleh dicapai. Contohnya, kenapa tidak kita tumpukan usaha terhadap pembasmian penagih dadah. Ini isu nasional, bahkan lebih membahayakan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara amnya. Cuba baca antara usaha Dasar Keluarga Negara: Program Pembangunan Keluarga.Bagi tujuan ini, program pe

RANCANGAN MENGELIRUKAN KITA(RMK)

Hari ni aku mau ulas sikit pasal RMK9 yang diumumkan jumaat lepas. Bagi aku dasar yang digariskan ni banyak bermain kepada retorik. Kabur dan mengelirukan...bukan sja yg ini, tapi sebelum2 ni pun sama sja. Tumpuan RMK9 ialah membawa negara ke arah pembangunan menyeluruh secara seimbang sama ada bagi masyarakat di bandar dan luar bandar. Tapi cuba tengok pembahagian bajet untuk bahagian ni...tidak sampai sepuluh peratus...lebih banyak diberikan kepada pembangunan di wilayah persekutuan...aku pasti WP ni tidak berusaha untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar...tapi aku menjangkakan usaha kepada pembangunan infrastruktur di WP...maka keadaan begini di mana pembangunan menyeluruh nya? Membangunkan minda kelas pertama....bukan kah ni satu lagi dasar yg kabur!apa itu minda kelas pertama...apa pula kelas kedua dan ketiga...apa contoh negara kelas pertama, bagaimana standard yg diikuti?...kalau pun dapat dijelaskan, minda merupakan satu subjekti