Skip to main content

BERCAKAP DAN MENULIS

orang yang suka menulis, kurang cakap. tapi orang yang suka bercakap, tidak suka menulis.

betul ka? ni pernyataan yang dikeluarkan oleh seorang kakak di ofis. dia merujuk bila aku serahkan minit mesyuarat pertama aku seumur hidup. mungkin ada benarnya bila aku mengiyakan. aku banyak idea untuk dilontar, tapi bila disuruh buat kertas kerja, disitu lah kelemahan ku. aku akui, dari dulu lagi memang bermacam perkara aku mau buat tapi disebabkan aku nda suka sangat menulis, semua idea tu masih dipendam... tapi bagusnya dengan ada blog seperti ini, aku dapat memupuk minat menulis apa yang aku suka. walaupun kadang-kadang tulisan ni tiada kena mengena dengan orang lain, tetapi ianya bagus untuk ingatan aku masa depan..

aku ingat masa sabtu lepas bila aku balik kampung, aku terjumpa diari masa di kolej dulu. macam2 yang aku catat dalam tu antaranya nota komunikasi yang sedikit sebanyak mengimbas zaman2 belajar. ada juga catatan nota senarai perkara yang perlu diselesaikan sebelum balik kampung.. ini antara perkara wajib aku buat sebab takut ada benda tertinggal...paham2 la jauh perjalanan yang aku tempuhi, kalau ada yang tertinggal hanya mengeluh sajala jawabnya... aku paling suka bab catatan draf pidato yg memberikan aku kemenangan nombor dua peringkat negeri sabah.. nda lupa, satu sajak karya Fudzail yang bertajuk Kepulangan Jebat (1986)...unik ilustrasi penulis..ada masa aku tulis balik la sajak tu....

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!