Skip to main content

Jalan-jalan Cari Mamam(makan)

hari ni aku stay ruma member. dpt la aku buat entry NSA tengah2 malam tanpa gangguan manusia seofis...

balik kerja aku kelam kabut ambk akak aku di ofis, cilok sana cilok sini untuk cepat smpi ke rumah..sbb malam ni aku cadang pg FC fair di likas...tapi sbl smpi sana, aku ambik member dulu di rumanya dan seterusnya menggunakan kereta nya utk ke pc fair...

dari rumah jam6.30 petang, smpi di sana lebih kurang jam8 juga...tapi bagusnya pc fair disini, tak ambil masa yg lama sbb tak banyak pilihan...bukannya mau beli barang pun, tapi skdr cuci mata sambil menghabiskan masa di malam sabtu..daripada duduk terperuk di ruma main game yg tak pernah abis, baik aku jalan2...

lepas pg likas, kami duduk di mcD kasi hilang lapar...dalam sejam juga la..lps tu plan pg cuci mata di area terdekat...teringat pula c member ni mau beli spek cover silau...kami singgah di pasar malam yg hampir tutup...rm14 tu la harga yg mampu diperolehi oleh dua orang mamat pemalu ni...lagipun pengalaman takda, mcmn mau tawar harga lagi...beli saja la yg penting ada gaya...

dalam kepekatan malam yg tak seberapa pekat tu, kami meronda melihat gelagat kupu2 malam....aiseh, jgn salah sangka, ni pengalaman pertama aku..bukan mau hinggap pun, skdar memerhati hakikat kehidupan dunia malam yg mengedar surat jemputan malapetaka...tapi aku pasti mereka tidak bergerak bebas, kami terserempak beberapa kereta peronda di kawasan2 berhampiran dan tidak hairan la kwsn kaki lima lapang dan sunyi... member sebelah, smbil2 driving, mengurat gadis2 yg lalu, membuatkan aku berfikir...di mana dtg ny keberanian member dgn gelagat sedemikian? dulu di sekolah, ditegur gadis pun dah merah padam muka...tapi memang itulah gunanya pengalaman yg diperolehi dgn bergaul dgn persekitaran..kita dididik untuk menjadi lebih berani...

tapi aku dlm umur yg menghampiri 26, aku masih terlalu muda utk mencium gadis2 di tepi jalan...kerana aku percaya, inilah yg aku dapat hasil terperap di dalam rumah, tidak bergaul dgn member2, suka mengasingkan diri dari SOSIAL, dan akhirnya aku masih seperti di umur 13 taun....tengok muka pun memang awet muda...budak lagi ni...dari dulu, aku tak mau dilihat seperti budak2 bila bergaul dgn budak2...tapi bila bergaul dgn member2 yg matang(tua) ni, aku berlagak seperti budak2 yang naif dan tidak mengenal dunia masa kini..semuanya serba terbalik..mungkin dalam dunia ni, hanya sorang dalam seribu manusia seperti aku..

besok, aku merancang utk tidak berada di ruma utk duduk saja smbl bermain game, aku cuba penuhi hujung minggu dgn melawat sedara mara yg sudah lama tak ku kunjungi...paling penting, aku akan melawat adik sorang lagi member kamcing aku di papar, yg khabarnya menghidap penyakit paru2 berair...

sedih bila org terdekat dgn kita mendapat penyakit yg teruk di usia muda...hati muda tidak mungkin dapat menerima kenyataan bahwa hayat yg ada nampak di depan mata...sekeras mana pun hati kita, tapi bila mengetahui hakikat ini kita akan putus harapan utk meneruskan hidup...mungkin adik sorang ni akan tertekan ditambah lagi akan menghadapi SPM dalam dua minggu lagi...aku harap kehadiran ku akan dapat membantu sedikit memberi sinar harapan...harus kita ingat seperit mana pun penyakit yg kita dapat, ajal dan jodoh di tangan Allah...sekurang2 nya, kita suda diberi kad kuning supaya bersedia ke alam baru..jadi bersedialah...

Nota Suara Aku di tengah malam ni nampaknya serius semacam dgn pelbagai ragam manusia yg aku nampak hanya beberapa jam...tapi aku memetik pepatah member ofis tengah hari tadi...

selalunya org2 tua akan berkata "Aku ni lebih dulu makan garam dari kamu" sbg org2 muda, ni jawapan sempoi tapi memang kurang ajar sikit la " tapi kami lebih dulu makan burger"... renungan bersama...adios!selamat malam...

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!