Hari ini merupakan PH sempena menyambut maulud Nabi, tidak banyak yang dapat disaksikan melainkan hanya aktiviti di masji2, surau2 dan bangunan agama untuk memeriahkan sambutan ini. Di kawasan perumahan tmpt aku tinggal ni, akan mengadakan sambutan maulidur rasul selepas solat maghrib... InsyaAllah ada kelapangan, aku akan sama2 memeriahkannya... Sepatutnya, sekarang ni aku berada di ofis untuk menyiapkan kerja2 yang tergendala dengan due date nya esok... ada satu kertas kerja perlu disiapkan untuk diserahkan ke bahagian Perolehan, aku tidak ada keyakinan dapat menyiapkannya hari ini... moga2 Allah memberiku kekuatan untuk menyiapkannya... berbalik kepada cerita ofis, pelik tapi benar, sebagai peneraju elektrik di sabah, masalah karan tidak sepatutnya terjadi di ofis,tapi itulah yang berlaku... keadaan gelap gulita menyukarkan aku untuk mencari dan mengenalpasti masalah ditambah lagi aku buta bab2 teknikal ni... dan aku pulang hampa... terpaksa lah aku menyiapkan kerja2 ofis di rumah.....
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.