Skip to main content

Rangkuman bulan Mac

Hari ini merupakan PH sempena menyambut maulud Nabi, tidak banyak yang dapat disaksikan melainkan hanya aktiviti di masji2, surau2 dan bangunan agama untuk memeriahkan sambutan ini. Di kawasan perumahan tmpt aku tinggal ni, akan mengadakan sambutan maulidur rasul selepas solat maghrib... InsyaAllah ada kelapangan, aku akan sama2 memeriahkannya...

Sepatutnya, sekarang ni aku berada di ofis untuk menyiapkan kerja2 yang tergendala dengan due date nya esok... ada satu kertas kerja perlu disiapkan untuk diserahkan ke bahagian Perolehan, aku tidak ada keyakinan dapat menyiapkannya hari ini... moga2 Allah memberiku kekuatan untuk menyiapkannya... berbalik kepada cerita ofis, pelik tapi benar, sebagai peneraju elektrik di sabah, masalah karan tidak sepatutnya terjadi di ofis,tapi itulah yang berlaku... keadaan gelap gulita menyukarkan aku untuk mencari dan mengenalpasti masalah ditambah lagi aku buta bab2 teknikal ni... dan aku pulang hampa... terpaksa lah aku menyiapkan kerja2 ofis di rumah...

Sedih juga hanya dapat duduk di kampung 2hari 1malam lantaran himpitan kerja, alih2 sampai di ofis, karan pula buat hal... dugaan Allah... sekurang2 nya aku dapat menghayati erti perjuangan Nabi yang bersabar dalam dugaan dan rintangan... semangat itu harapnya dapat diteruskan dengan usaha bersungguh pula di rumah nanti...

Nota Suara Aku mungkin tidak dapat berbicara dalam seminggu dua ni, justeru aku akan menjadi nujum untuk merangkumkan kejadian yang dijadualkan bulan ini. Pertama, aku berdebar untuk menantikan anak buah ke 10 dalam keluarga... moga2 Allah permudahkan kak.Mang yang selama ini menjadi nadi keluarga kami... bulan ni nampaknya menjadi juga, bila kak Mang mengatur kewangan ku dan segalanya berjalan lancar... Kedua, 26mac aku akan berangkat ke kl untuk bersama2 adik2 ku yang berkonvo di uum... yang seronoknya kami akan berkonvoi kot dari kl ke kedah dengan mak dan bapa... lebih seronoknya diorang xtahu pun yang aku ikut sama, ditambah lagi dengan keseronokan aku akan naik MAS sedang diorang naik AirAsia... lebih gempak, harga tiket aku hanya bernilai rm138 pergi balik kk-kl... best nya MAS sekarang ni... tq la disebabkan saingan Airasia dapat la merasai murahnya tambang k/terbang...adios!

Comments

TheShida said…
abg irman...shida ni...knal lg x? waa lm gler x jmpa..bl nk dtg upm?dtg la...hehe...
irman_rahs said…
mgu lepas dtg kl, tapi singgah je...xde benda nak lawat upm...pg uum je adik konvo...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!