Skip to main content

Bulan Dakwah?

Apakah perasaan kita sekarang ni? adakah terdapat semangat yang berkobar2 untuk berzikir dan berselawat ke atas Nabi? Seperti biasa media tidak ada hebahkan peristiwa sebegini untuk mendidik anak2 muda kecuali pada waktu maghrib di radio tempatan. Aku pasti di radio yang berteraskan muzik semata2 amat sedikit nasihat/tazkirah berkaitan kelahiran Nabi besar junjungan. Seolah tidak ada jabatan agama yang mendokong kearah usaha pendidikan agama ini. Apa fungsi bulan Dakwah yang dilancarkan semula baru-baru ini? mungkin orang sekarang sibuk dengan perebutan dewan sehingga sanggup mengunci dewan dan terpaksa membuat sidang di bawah pokok. teringat masa belajar di sekolah dulu2. Cikgu sekali-sekala menukar persekitaran pembelajaran dengan membawa pelajar mengulangkaji di luar kelas seperti di padang sekolah atau pondok2 berdekatan bilik guru. Taktik yang digunakan apabila guru sibuk dengan hal lain dan tidak sempat masuk kelas.

Apalah gunanya CT menyanyi setiap petang selepas slot SpaQ untuk mencarik sedikit kegembiraan kita dengan peristiwa di Palestin. Kita kadang hairan kenapa Hamas dan pemimpin lain bergaduh dan tidak dapat berdamai sedang dihimpit oleh Israel. Tapi di depan mata kita sedang kejadian sebegini tidak pula kita damaikan. Di satu pihak, bergelut dengan arahan kerja kerana gaji dibayar oleh majikan. Gema selawat hanya didengar di masjid2 dan surau tapi tidak di radio/tv. Di mana bulan dakwah ini?

Nota Suara Aku sedang dan akan terus sibuk sebulan dua ni. Seperti tidak dapat menarik nafas rehat namun hidup harus diteruskan agar dapat menyambung kelangsungan hidup yang mungkin berakhir zaman bujang. Sementara masih sendiri, luangkan masa untuk diri sendiri, betul x? adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!