Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Rangkuman bulan Mac

Hari ini merupakan PH sempena menyambut maulud Nabi, tidak banyak yang dapat disaksikan melainkan hanya aktiviti di masji2, surau2 dan bangunan agama untuk memeriahkan sambutan ini. Di kawasan perumahan tmpt aku tinggal ni, akan mengadakan sambutan maulidur rasul selepas solat maghrib... InsyaAllah ada kelapangan, aku akan sama2 memeriahkannya... Sepatutnya, sekarang ni aku berada di ofis untuk menyiapkan kerja2 yang tergendala dengan due date nya esok... ada satu kertas kerja perlu disiapkan untuk diserahkan ke bahagian Perolehan, aku tidak ada keyakinan dapat menyiapkannya hari ini... moga2 Allah memberiku kekuatan untuk menyiapkannya... berbalik kepada cerita ofis, pelik tapi benar, sebagai peneraju elektrik di sabah, masalah karan tidak sepatutnya terjadi di ofis,tapi itulah yang berlaku... keadaan gelap gulita menyukarkan aku untuk mencari dan mengenalpasti masalah ditambah lagi aku buta bab2 teknikal ni... dan aku pulang hampa... terpaksa lah aku menyiapkan kerja2 ofis di rumah..

Bulan Dakwah?

Apakah perasaan kita sekarang ni? adakah terdapat semangat yang berkobar2 untuk berzikir dan berselawat ke atas Nabi? Seperti biasa media tidak ada hebahkan peristiwa sebegini untuk mendidik anak2 muda kecuali pada waktu maghrib di radio tempatan. Aku pasti di radio yang berteraskan muzik semata2 amat sedikit nasihat/tazkirah berkaitan kelahiran Nabi besar junjungan. Seolah tidak ada jabatan agama yang mendokong kearah usaha pendidikan agama ini. Apa fungsi bulan Dakwah yang dilancarkan semula baru-baru ini? mungkin orang sekarang sibuk dengan perebutan dewan sehingga sanggup mengunci dewan dan terpaksa membuat sidang di bawah pokok. teringat masa belajar di sekolah dulu2. Cikgu sekali-sekala menukar persekitaran pembelajaran dengan membawa pelajar mengulangkaji di luar kelas seperti di padang sekolah atau pondok2 berdekatan bilik guru. Taktik yang digunakan apabila guru sibuk dengan hal lain dan tidak sempat masuk kelas. Apalah gunanya CT menyanyi setiap petang selepas slot SpaQ untuk