Skip to main content

Menyunting Bunga di Takis

terasa hari ni aku ingin bercerita tentang acara pertunangan yang berlangsung ahad lepas... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini... kalau dikira, semua acara samada rasmi atau bersifat keluarga memerlukan perancangan yang rapi... walaupun acara tersebut kadang2 hanya berlangsung 2jam...begitu juga majlis ni

keluarga ku datang dari Sandakan bertolak hari Jumaat (5/2/10) kira2 jam8/9 pagi, dengan 4kereta konvoi kancil (bapa), viva (kak Yu n family), teksi tangah(adik bapa) dan saga@Honda ab ipar (suami kak mang)... lebih kurang 20orang juga yang mengisi keempat2 kereta ni... betul2 mengoptimumkan ruang yang ada...huhuhuhiu... famili ku sampai di ruma sewa ku lebih kurang jam3 petang.... dan pastinya rumah yg aku sewa juga tidak terkecuali mengisi ruang secara optimum... Alhamdulillah dalam keadaan yang selesa semuanya...

Hari Sabtu, bapa dan kumpulan yang senior seperti Tangah, Bungsu dan macik ku melawat pacik ku di Putatan dengan hajat meminta pacik ku menjadi orang tengah untuk majlis pertunangan ini... dalam masa yang sama, Kelisa aku pinjamkan kepada Faizal untuk kemudahan nya membawa Am dan keluarga yang datang KK ke Ranau... thanks la Bro! aku terasa kepenatan mu 19Jam di atas jalan....

Manakala kumpulan adik2 ku pula sibuk menyediakan dulang2 hantaran demi memastikan yang terbaik untuk abang tersayang....huhuhu, terharu aku... aku dapat merasakan ke'excited'an semua adik beradik ku untuk bertemu dengan bakal tunang ku yang tidak seberapa ini... maklum la, ni merupakan kali pertama majlis seumpama ini.... sebelum ini, rumah kami yang didatangi lelaki yang kemudiannya menjadi abg2 iparku...

Hari Minggu terasa singkat, seawal 5pagi semua sudah bangun dan bersiap.... maklumla, bapa suda warning awal2 supaya tidak kelam-kabut... dan Alhamdulillah sebelum jam8 pagi, semua dulang hantaran sudah siap untuk diangkut... sesi bergambar mengambil tempat...huhu, sebaik kami bergerak 4 kereta, banyak tempat disinggah... pertama stesen minyak petronas... macam biasa la, isi minyak dulu... kemudian satu kereta menyusul (kawan c Nor) ikut tumpang sekaki... di area Inanam, satu lagi kereta menyusul (kak mang n mentua nya)... tidak lama selepas itu, satu lagi kereta mengekor dari belakang (Iskandar, saudara n teman karibku termasuk bakal tunangnya dan Wana kawan sekolah)... akhir sekali di Putatan, pacik ku yang menjadi orang tengah pula ikut dari belakang... total nya 8 buah kereta pelbagai jenis membawa hajat besar menyunting bunga Takis.... tidak lupa Kelisaku (lone ranger by Faizal, saudaraku juga ni) tiba sejurus kami sampai di Takis...

tepat Jam10 kami sampai... acara berlangsung secara semi tradisional... berpantun 2kerat kalau xsilap... dan majlis termeterai bila mama menyarung cincin tanda ikatan ke jari Lin @ lina... Alhamdulillah tidak lama lagi aku akan menjadi sebahagian orang Papar... bercakap tentang papar, sememangnya nda terlintas aku menjadi orang Papar... mungkin ada tapi masa tu hanya la angan kosong semata... kini, tinggal selangkah lagi aku akan menghilangkan status solo dan bujang ku... banyak komen yang aku terima bila ku publish gambar2 pertunangan ku... paling banyak dapat sambutan mestilah kek Secret Recipe yang ada logo Chelsea dari Lina untuk ku... tema kali ini memang suda ku tentukan iaitu Biru, cuma tidak dirancang kedua2 pihak menggunakan warna yang sama...

satu lagi yang mengusik jiwa ialah, baju yg ku pakai dihari pertunangan... aku nda pernah menyangka akan menyarung baju melayu berwarna UNGU... ahhh tidak sama sekali... tapi sedikit kesilapan teknikal, rupa2nya menyempurnakan majlis ini... bajuku yang berwarna biru tertinggal di kampung... kelam-kabut juga la Kak Mang mencari baju melayu malam sabtu lepas... aku teringat lina akan pakai baju warna ungu / pink... aku terus minta dicarikan baju yang sedondon dengan lina... dan itulah yang mencantikkan rombongan ini... dibalik lautan biru.. ada warna ungu menyelit.... heheheehehe...

Nota Suara Aku merasa hidup ini semakin ceria... bukan aku rasa, tapi orang bilang aku semakin ceria dan gembira... susuk badan ku semakin mengembang yang sedikit meresahkan ku... aku semakin gemuk!!!! aku perlu ke Gym untuk memaintainkan badan....adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....