Skip to main content

semua orang mengadu dia baik

perasan atau tidak, semua orang mengadu dia baik... amat sedikit yang mengadu dengan kita mengatakan dia salah, dia lemah dan tidak mampu mengawal situasi... dalam agama situasi ini dipanggil mengadu domba... namun ramai tidak tahu perkara ini...

hari ini, aku didatangi aduan dari seorang perempuan yang hanya aku kenal dari mulut saudara ku... perempuan yang aku pernah lihat dalam facebook... perempuan yang pernah aku bersembang sekali dalam telefon... perempuan ini mengadu dia cuma mau menolong... menolong saudara ku yang diperlekehkan oleh kekasihnya... aku nda mau komen lebih2 mengenai perempuan ni...

di depan aku juga sekarang ni, ada perbualan yang aku pasti sedang mengadu domba... sedang mengadu bahawa dia baik... kononnya mereka tidak bersalah dalam situasi semasa... tidak mengaku mengakibatkan kelam-kabut yang berlaku di jabatan ini... bercakap tentang jabatan ini, aku baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat QC yang dipengerusikan Pengarah Urusan sendiri... sekadar highlight perkara penting yang berlaku dalam mesyuarat ini... bila sampai giliran pembentangan laporan Prochamp oleh sekretariat QC, PU telah menyentuh berkenaan pertukaran portfolio Prochamp yang berlaku di jabatan kami... termasuk lah portfolio yang pernah aku pegang sebelum ini... aku suka bila PU seperti mempertahankan portfolio EWRM kekal aku pegang... aku merasakan Allah menunjukkan jalan kepada mereka2 yang menzalimi aku... terasa seperti satu kejayaan bila PU tidak bersetuju dengan keputusan pertukaran portfolio ini... syukur Alhamdulillah, Allah menunjukkan kebenaran tidak lama selepas tugas aku diambil alih oleh orang lain tanpa kerelaan ku...

dan seperti biasa la, semua orang mengadu dia baik... bukan dia yang menentukan keputusan sedemikianlah dan sebagainya... perkara2 yang buruk dikatakan orang lain yang buat... padahal... padahal... nda payah la disambung...

Nota Suara Aku sentiasa berdoa agar dilindungi dari segala musibah dan diberikan kemudahan dalam urusan akhirat dan duniawi... kepada saudara ku yang berkenaan, ingatlah kita hidup ni bukan sendiri... apapun keputusan yang kita buat, bukan kita saja yang menerima kesannya... oleh itu, buat keputusan jangan buat sendiri... minta pendapat dan tanyalah nasihat orang lain...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!