Skip to main content

Jangan Diikutkan Sangat Perasaan

ini merupakan post pertama ku yang akan bersuara mengenai perkembangan pertunangan ku... memang sudah lama ingin ku kongsikan dalam ni, tapi serasa ada berat sedikit untuk bercerita memandangkan lebih banyak negatif nya berbanding positifnya....

sejak dari awal lagi, aku kurang senang dengan jangkamasa yang lama yang perlu aku tunggu untuk sah menjadi suami, tapi aku faham jangan diikutkan sangat perasaan.... tidak seperti yang dirancang... bukan aku saja yang kurang senang... demikian dengan bapa... tapi apakan daya itu sudah dikehendaki dari sebelah pihak...

dan hari ini, ada sedikit kekuatan untuk aku menotakan apa yang terbuku dalam suara aku... sebelum tu, aku ingin menjawab apa yang ditanya oleh 'guest' yang tidak sudi memberikan namanya... boleh dikatakan satu komplen berkenaan blog ku ini... FYI, blog ni bukan bertujuan untuk mencari untung sebagaimana blog2 lain... bukan juga blog yang penuh dengan gosip2 untuk meramaikan pengunjung... blog ini hanya lah seperti nama nya... Nota Suara Aku.... suka aku untuk tulis apa yang ada dalam kepala ku...tidak berkaitan dengan orang tidak mengenali ku... tidak juga berkenaan dengan orang-orang tiada dalam kamus biodata aku... jadi, suka atau tidak, anda yang buat keputusan... teruskan membaca atau pun tinggalkan dengan kekecewaan, jangan diikutkan sangat perasaan...

berbalik dengan topik asal, tujuan post hari ni... aku cuba sebaik mungkin untuk mengharungi hari2 aku sebagai tunang... tapi aku perlu tegaskan, aku mungkin boleh digoncang, tapi jangan dicabut sekali2! maksudnya, aku boleh digertak atau disimbah dengan caci-maki atau penghinaan, tapi untuk aku merubah apa yang menjadi darah daging ku, yang membentuk siapa aku, adalah tidak mungkin... aku boleh mendengar suara orang lain, dan aku boleh ikut perintah orang,bak nasihat faizal, jangan diikutkan sangat perasaan, tapi tidak mungkin perintah tersebut akan membuat aku akur dan membuang apa yang telah menjadikan aku selama ini...

senang cerita, aku boleh bersabar dengan perangai orang yang mengada-ngada... tapi kesabaran ku tidak setebal Faizal.A.H... aku juga boleh tahan dengan penghinaan... tapi tidak mungkin akan sampai aku menggadai pendirian ku... aku suka berfikir masa depan... aku suka untuk memikirkan masa depan orang2 sekeliling ku.... mak bapa, adik-beradik ku, keluarga angkat ku... sebelum aku bersuara atau menulis nota, aku akan pandang masa depan... aku tidak mau apa yang aku suarakan akan memakan diri... kata orang, aku tidak akan buat keputusan mengikut kata hati semata2... kerana aku pegang jangan diikutkan sangat perasaan....

keputusan aku berikan mandat kepada tunang ku... maaf, aku tidak menjadi seorang tunang yang baik untuk nya... benar aku tidak layak untuk perempuan baik sepertinya... tidak mungkin aku layak menjadi pasangan perempuan yang cantik bak bidadari seperti yang ku gambarkan sebelum ini... tercoret sedikit kerisauan, dengan fi'il seperti ini, aku takut rumah ku akan bergoncang dengan perselisihan faham... aku akui, ahli keluarga ku majoritinya jenis panas baran, suka makan hati tapi itu tidak menggugat adik-beradik ku... kami sudah faham akan asam garam adik-beradik... tapi bila bertambah lagi seorang yang sama perangai, aku takut aku akan jadi rusa mati ditengah2... gajah bergaduh... diluah mati mak, ditelan mati bapa...

aku selalu pesan, jangan diikutkan sangat perasaan... pertengkaran memang biasa, tapi jangan diikutkan sangat perasaan... aku seorang yang senang untuk diramal, kalau aku bercakap maknanya aku tidak marah, tapi bila aku diam, itu memang aku marah... jadi jangan diikutkan sangat perasaan...

Nota Suara Aku ......*blank*....

Comments

Anonymous said…
if its for ur goodness let urself do ur walking!dont let anyone drive ur self if its juz ruin ur priority!
Abah Mui'zz said…
Nasihat itu betul, jangan ikut sangat perasaan. Samada ketika marah atau suka. Sebab bila diikut dalam keadaan itu, kita akan ada tendency untuk bertindak lebih dari kebiasaan.

Fikir, bincang, dan usahakan. Abah yakin insyaAllah hubungan Man akan baik2 saja nanti.

Abah dan ummi sendiri spjg bertunang, bergaduh hampir saban ketika, tapi alhamdulillah, dalam bergaduh2 itu pun, telah selamat mengharungi 10 tahun hidup bersama.

Tidak ada istilah manusia sempurna, walau sebaik manapun kita. Kena sama2 bertoleransi dan memahami, dan sama2 belajar menahan rasa bila perlu.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!