Skip to main content

Nota Hujung Tahun I

hari ni 29 Disember 2010.... bermula esok countdown 100 hari bermula sebelum aku melangkah ke alam yang baru dengan status yang baru... banyak lagi perkara belum diselesaikan... antaranya yg paling penting...kursus... dan dengar2 cerita kadar bayaran kursus meningkat lagi tahun depan... mungkin gara2 minyak yang naik + kos sara hidup meningkat + bayaran makan minum juga bertambah.... mungkin juga para pengendali kursus demand harga lebih tinggi, apapun perkara ini tidak sepatutnya berlaku....

semalam aku menghadiri perkahwinan kawan baik di kolej dan kawan sekerja sekarang... tahniah Mr.&Mrs Darrell... kalau diingat kisah dulu2 masa belajar, mr & mrs darrell ni selalu begaduh dalam telefon... nda boleh cakap halus2... ceh macam la aku nda paham... lebih kurang ja pun kami...tapi akhirnya mereka mampu bertahan dan sehingga kini masih lagi bersama... dan semalam menjadi saksi penyatuan mereka...tahniah sekali lagi...

mood kerja sekarang ni macam hampeh ja... aku marah dengan diri sendiri, tapi sukar untuk mengubahnya... aku mencuba untuk bekerja, tapi nda sampai 10minit, aku seperti kerasukan kembali membuat kerja2 yang bukan kerja.... padanlah dapat 3 daripada 5, penilaian prestasi dari bos tahun ni... tapi yang bagusnya, aku ndala melatah seperti seorang kawan di opis ni... habis di jaja semua pencapaian terbaik kawan2 opis... nasib baik la aku dapat 3, kalau nda, konfim nama aku juga tersebar di segenap wayar di wisma ni... hehehehe

Nota Suara Aku setakat di sini dulu... tahun baru yang menjelang tiba ni moga2 membawa angin perubahan positif terhadap pencapaian untuk tahun2 mendatang... anda doakan sekali untuk aku... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...