Skip to main content

sekadar mengaktifkan NSA

jam11.20 malam aku suda mau tidur...tapi mengotorkan seketika NSA yang semakin hari semakin berkurangan isinya... mungkin kehadiran FB menjadikan aku semakin melupakan kewujudan blog yang menjadi peneman ketika aku masih belajar di u suatu masa dahulu...

sepanjang minggu lepas, hanya sehari aku rasakan hari bekerja ku dalam kategori produktif... 4hari lagi dipenuhi dengan pengularan akibat ketiadaan bos... tapi dari segi individu, minggu lepas sangat berkualiti... aku telah menyelesaikan hutang saman sebanyak rm360 pada mulanya... kemudian, bila aku merajinkan diri untuk membayar, kaunter menyebut rm210 sahaja! Alhamdulillah... dapat la save rm150...

minggu lalu juga aku dapat membeli dvd 24 season 1... aku akui, dalam banyak2 cerita bersiri amerika, tiada cerita yang dapat menandingi kegilaan ku terhadap 24 ni... aku sanggup membeli dvd original dengan harga rm70 untuk menontonnya... tapi yang pelik, aku sudah menghabiskan tengok 24 season 8, kemudian season 7.... nasib baik, aku kembali waras dan minggu lepas aku membeli bermula season1... hari ini, lebih kurang jam7.50 malam, aku selesai menonton kesemua season1 ni... aku hampir gila, ingin berlari ke karamunsing untuk membeli season2 pula... terasa nda sabar melihat kesudahan Bauer menjalani kehidupan selepas isterinya mati dibunuh Nina Myers... orang yang paling dipercayainya dari awal episod lagi...

aku hentikan disini cerita 24 ni, sebab ni cerita bersiri yang lama sudah... tapi yang pasti, 24 tidak berhenti setakat season8.... pastinya ada sambungan lagi selepas ini...

Nota Suara Aku tidak ada motif lain menotakan blog ni, cuma sekadar mengaktifkan NSA...terasa sayang pula kalau ditinggalkan berterusan... seperti yang aku katakan sebelum ini, blog ni akan menjadi diari yang tidak akan hilang dan akan aku baca di masa depan... sampai setakat ni dulu, buat masa ini.... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!