Skip to main content

Dilema Kad Jemputan

hari ni sempena Maulidur Rasul, selamat menyambut maulidur rasul dan semoga anda semua dapat keberkatan dari Allah swt dan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad saw.... hari ni juga aku berkesempatan mengikuti perarakan setelah sekian lama aku nda menyertainya... best juga la dapat mengeluarkan peluh sambil berselawat sepanjang jalan... lepas perarakan, aku nda tunggu lama, terus balik untuk makan... sangatla mengecewakan manusia yang supply makanan untuk majlis ni... sudah la sarapan (ya ka sarapan?) bukan lagi lambat, tapi tidak datang langsung! dan aku berjalan dengan perut kosong... kemudian suda smpi di dewan, makanan tidak juga menunggu... adakah patut, sudah tau tidak sedia sarapan... mau tunggu lagi jam 10 baru mau hantar makanan ka? adui xda semangat maulidur rasul langsung...

cukup untuk maulidur rasul tahun ni... berbalik kepada tajuk post hari ni, aku masih dalam dilema... dilema bukan apa, aku sudah design satu kad jemputan... dan aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan sendiri... tapi aku masih belum jumpa jenis kertas yang sesuai untuk kad jemputan ni... setakat ini, aku menggunakan kertas glossy 80gsm atau 100gsm kalau tidak salah... mau cari glossy 200gsm punya la susah mau dapat... mungkin sabtu ni boleh jumpa di kl... aku akan ke kl untuk cari barang2 yang penting memandangkan di sana banyak pilihan dan murah lagi... apa barang nya? nda payah la mention sini... nanti lepas beli baru aku tulis la...

kalau mau hantar kedai, paling berkenan sekarang satu kedai di kl juga... tapi masalahnya mesti print minimum 500 keping... adui, kalau nda habis edar nda kan gantung di bilik kan... hehehehe... tapi kelebihannya, kertas yang digunakan pastinya berkualiti... jadi aku masih ada beberapa hari untuk membuat keputusan... dan keputusan terakhir akan aku buat semasa di kl nanti... kalau nda jumpa juga kertas yang ngam... mau nda mau, print juga la di sana....

Nota Suara Aku bukan apa, sekadar merakamkan persediaan kahwin bulan 4 nanti... sekali lagi, seperti biasa... kepada sahabat2 yang membaca post ni...harap2 nya dapat lah menghadirkan diri dan menjadi sebahagian sejarah dalam hidup ku...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...