Skip to main content

Persiapan Kahwin

Cepat betul masa berlalu... kurang 2 bulan lagi, aku akan bergelar suami... percubaan pertama gagal tidak sampai 6bulan mengikat pertunangan.... percubaan kedua berlaku selepas hari raya haji taun lepas... dan setelah beberapa kali tidak sepakat tarikh, akhirnya 8 April nanti akan berlangsung perkahwinan ku... majlis di tempat ku pula, 9 April ni...

boleh dikatakan untuk majlis di tempat ku nanti, hampir kesemua aku yang tetapkan... bermula dari door gift, kad jemputan, tema majlis dan pelamin... perkara2 lain belum difikirkan lagi... untuk doorgift, suda terbeli dengan bantuan abg Yun dan kak Rin... tapi yang ini untuk tamu istimewa... untuk tamu d ruma, mungkin akan cari minggu depan...

kad jemputan, mengambil masa yang lama untuk bikin... mau dikatakan cerewet, tidak juga... aku suda cek dan berhubung dengan lebih kurang 5-7 syarikat printing di kl dan sabah... untuk syarikat printing di sabah, harga yang ditawarkan amatlah mahal... mungkin order dari kl... syarikat printing kad yang terbaik buat masa ini, grazine.com... design kad, aku suda siapkan dan amat berpuas hati... corak yang ringkas, dan paling penting warnanya amat tepat...Biru!

tema majlis, masih kekal dan akan terus kekal...warna biru tidak ada kesangsian lagi...tema majlis ini akan reflek untuk pelamin yang dirancang... untuk pelamin, ada sedikit percanggahan idea dengan mama... mama mau pelamin jenis kerawang, manakala aku lebih suka yang nampak simple dan elegan...jadi untuk tidak mengecilkan hati mama, aku ikutkan la kesukaan mama...lagipun ada 2 pelamin juga memandangkan akan dibuat di 2 tempat berbeza...siang lain, dan malam tempat lain... untuk majlis di rumah, jenis kerawang akan dipilih dan untuk majlis malam, simple dan elegan akan dipilih... contoh pelamin yang aku mau buat ala2 pelamin marion.. aku xkenal siapa dia ni, tapi bila nampak pelamin nya, aku terus tertawan... tanggungjawab besar terpikul di bahu tukang bikin pelamin...hehehehe

Nota Suara Aku berhenti buat seketika di sini... akan aku update persiapan majlis ini... yang kenal jauh dekat, datang la sandakan...jangan malu2 dan segan2... adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...