Skip to main content

BEBAN DAN BEBAL

Aku nda tau apa mau tulis dlam blog ari ni...macam biasa la bila dalam cc yang serba bising, otak susah untuk 'generate' idea yang berebut2 mau keluar...dari pembacaan tumpangmuda blogspot, aku mau mengulas tentang senario siswa dari sudut pandangan aku sendiri.

Persoalan yang mau aku timbulkan untuk apa pelajar masuk universiti? Kerana ada jaminan pekerjaan yang seterusnya membantu meneruskan survival dalam kehidupan yang mencabar ni...mereka masuk universiti bukannya bermatlamat ingin memajukan negara suatu masa nanti....orang2 sebegini bukanlah aset kepada negara tetapi hanya menjadi beban negara...sebab tu SPA terpaksa mencipta peluang pekerjaan kepada graduan menganggur menunggu bulan jatuh ke riba...

Justeru, bila bangkit segolongan kecil pelajar macam Amin ni, orang2 yang berkepentiingan sendiri akan merasakan Amin adalah ancaman dan bukannya aset...maka pelajar2 yang BEBAN dan BEBAL ni disogokkan dengan keburukan dan kejahatan Amin....

Atas sebab ini jugalah, aku berani katakan hampir 3/4 pelajar atau lebih yang ada di universiti sekarang ni tidak tau dan buat bodoh apa juga kejadian yang berlaku di dalam negara mahupun luar negara...walaupun ni hanya lah andaian aku semata2, tapi kalau ditanya secara rambang tanpa memerlukan borang soal selidik, jangan buat2 terkejut kalau ini jawapan nya...

Nota Suara Aku sentiasa menyokong Amin tapi kekangan, desakan dan ancaman membataskan kita....matlamat kita mungkin sama, tapi perjuangan kita mungkin berbeza....kalau Amin bertindak untuk menghentam yang di atas, aku akan mengambil jalan mengubat dari akarnya.....dari mana?hehehehehehehe....salam AMIN untuk semua!

Comments

Anonymous said…
Irman, mahasiswa/wi yg memasukki U sudah pun melangkah kesatu tangga utk mamajukan diri...bukan beban rasanya pd negara...tiada org rasanya yg memasukki U utk tidak membuat apa2 selepas itu...bukan senang rasanya sekarang utk memasukki U jikalau mereka tidak betul2 cemerlang...utk yg tidak kesampaian memasukki U secara terus boleh juga mengikuti secara jarak jauh/ separuh masa ...

juga harus diingat mereka juga manusia biasa...ada yg cekal, lemah, brutal dan berbagai... akhirnya mungkin mahasiswa/wi kita tidak seterok yg kita sangka...
Amin Ahmad said…
uiks man..ko tulis pasal aku ke apa ni?

man..jgn dewakan manusia..hehe..tp mana ada sistem (politik) yg x digerakkan manusia kan?

dlm ikan..kepala busuk dulu man..dan dlm usul fiqh kena dahulukan cegah dari amar ma'ruf..

apa2pun kita nak yg baik kan?

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!