Skip to main content

Harga gula naik selepas Tahun Baru Cina?

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Kerajaan masih belum memutuskan kadar harga baru gula yang mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, proses mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai harga gula sedang berjalan sebelum keputusan dibuat.
"Semuanya dalam pertimbangan, masih lagi dalam proses ambil dan kumpul maklumat. Belum buat keputusan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru di sini hari ini.
Shahrir berkata, pengumuman kemungkinan harga gula dinaikkan selepas Tahun Baru Cina tidak menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan bahan itu.

Setakat ini, katanya, beliau hanya menerima aduan mengenai masalah itu di Sabah namun ia telah diatasi. (yaka sudah diatasi? hint2 sebelum ini yang menyatakan harga gula akan naik menyebabkan peniaga mengambil kesempatan untuk menyembunyikan stok yang ada supaya dapat mengaut keuntungan lebih banyak)

Sebelum ini, Shahrir mengumumkan, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu meningkat di pasaran antarabangsa.
Menurutnya, 80 hingga 90 peratus bekalan gula negara adalah dari luar negara dan kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lalu.
Kontrak baru meletakkan harga yang lebih tinggi daripada kontrak lama.
Justeru, jika harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram, kerajaan terpaksa memberi subsidi untuk barangan itu. (berita dari Utusan Malaysia)

setiap perkara yang dibangkitkan pasti akan melibatkan subsidi..kerajaan TERPAKSA memberi subsidi yang tinggi kepada rakyat...apa masalah? bukan itu memang tanggungjawab kerajaan untuk menanggung rakyat yang telah memilih kerajaan... aku tiada kuasa untuk menyuruh kerajaan berpikir lebih mendalam, tapi keputusan menaikkan harga gula selepas minyak dan beras sebelum ini adalah tidak munasabah sama sekali...jadilah kerajaan subsidi!

apabila gula yang menjadi barang utama dinaikkan, semua barang makanan akan naik juga.. alasan peniaga akan sama seperti barang yang sebelum ini naik...bezanya sebelum ni minyak naik, harga makanan juga kena naik... beras naik, harga makanan kena naik juga.. dan sekarang JIKA gula naik, barang makanan akan naik lagi...tiada gunala teh tarik dan roti canai diturunkan sebelum ini hanya untuk mengaburi mata pandangan masyarakat yang tidak mempunyai saluran internet...

rakyat Malaysia sudah tidak mampu untuk menanggung segala kejadian kambing yang dilakukan oleh kerajaan ni...

NSA berharap benarlah apa yang amin katakan semalam kepada aku agar kebajikan rakyat akan menjadi realiti... mereka tidak pernah ambil peduli apa yang berlaku kepada rakyat miskin di bumi sendiri... bak kata pepatah hujan batu di negeri sendiri... sakit tu wooi kalau kena kepala sendiri..adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!