Skip to main content

Kenangan

aku rasa bila aku selalu berdampingan dengan internet, ada saja yang aku akan tulis untuk memenuhi Nota Suara Aku. aku membayangkan aku akan jadi seperti blog becok yg bising tak pandai diam.. membaca blog becok ni juga mengingatkan zaman belajar di univ dulu... malangnya kehidupan aku di kolej bukan seperti yang dilakonkan di filem Ali Setan mahupun Cinta Fotokopi (klu tak silap la filem yg berlatarbelakangkan fakulti BMK). aku tidak smpi ke tahap gila2 c Ali ataupun digayut cinta sehingga ke bumbung bangunan fakulti... aku jenis yang low profile sbb promosi tak banyak... aku bukan spt amin yang selalu jadi perhatian semua tingkat manusia di univ. pada masa tu... aku hanya dikenali kelompok manusia yg aku dekati... hidup aku di univ hanya suam2 kuku...pergi la kau..

kehidupan aku di u dulu tidak bole dikategorikan sebagai zaman belajar, mungkin disebabkan aku di U hanya untuk mencari tiket untuk mendapatkan pekerjaan demi mengusung kehidupan yang masih panjang. sepanjang 6 sem aku penuhi dengan main game dan datang pergi kelas.. sedang belajar, amat jarang sekali... aku bole ingat, masa aku betul2 belajar hanya bila esok ada xm subjek, barula aku luangkan sejam dua tiga untuk mengulangkaji... waktu nya? lebih kurang pukul10 malam hingga 2pagi sahaja... itu saja zaman belajar yg aku sumbangkan...lain dari waktu itu, aku bukan pelajar... aku orang biasa yg makan, main dan tidur...

Comments

Amin Ahmad said…
hahaha

macam harem! :p

Man, nanti masuk cerita Debat, aku akan tulis tentang kau..percayalah!
Amin Ahmad said…
bukan kuliah cinta ke Man?
irman_rahs said…
a.ah..tula tajuk dia tu...haha.. aku main belasah ja sbb masa diorang buat pgmbaran, aku balik kampung, jd aku tolak tawaran berlakon diorang ni...huhu

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!