Skip to main content

Belajar Menjadi MC...

arini dapat satu lagi pengajaran dan pembelajaran dari orang2 yang senior di company ni... pertama nya, esok aku akan jadi bidan terjun lagi untuk jadi MC satu majlis besar company... semuanya gara2 MC yang dilantik menarik diri sebab sekretariat lambat bagi aturcara majlis... hah padanla buku bertemu ruas, sama2 senior dan keras kepala... aku pula pelanduk yang mati di tengah2... kemudian, aku la heronya... bos aku minggu lepas berkeras nda mau jadikan aku MC sebab katanya aku ni 'full of joke' ja, nda pandai serius dalam majlis... dia ni mau kata bodoh, dapat master juga... mau kata bengap, jadi KOD juga... dah memang majlis tu semi formal, aku pula diarahkan untuk membuat majlis tu tidak tegang, aku buat la lawak... aku ni kan Last Comic Standing versi malaysia...

dan bila MC yang dilantik tarik diri, aku la yang paling senang jadi kuli... tapi disebalik semua tu, aku belajar sesuatu yang tidak aku perolehi masa belajar dolu2... rupa2nya mau jadi MC ni bukan semberonoh ja... kena ikut protokol dan ada skill yang digunakan oleh semua orang yang pernah dan berpengalaman menjadi MC... yang aku tau, bila jadi MC aku cuma bersenjatakan aturcara majlis... manakala yang lain, aku buat secara impromptu... tapi dengan tunjuk ajar staff senior ni, aku mendapat satu lagi pengalaman yang berharga... dan dengan platform ini juga la, aku dapat menunjukkan kepada bos aku tu, yang aku ni memang seorang MC yang hebat....wah belagak tul...

Nota Suara Aku seronok betul menonton cerita La Dolce Amira ni... penuh dengan teladan tapi disampaikan dengan santai... aiy apa kaitan cerita ni dengan MC? saja ja... mau di'endingkan kali ni...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...