Skip to main content

Julai Bukan Sekadar Nama

sedar nda sedar, Julai sudah kembali lagi... julai ni bagi aku merupakan bulan kerja... Aku ingat dulu semasa aku bergelar Pekerja tiga tahun yang lepas di sebuah pasaraya besar yang memang besar pun dari segi namanya...dua tahun selepas tu, aku melapor diri lagi di sebuah syarikat utiliti juga dalam bulan Julai... menghitung hari aku genap setahun di syarikit utiliti ni...

bukan bermakna bulan ni aku akan melapor diri lagi di syarikat baru, cuma aku berharap bulan Julai ni memberikan impak baru terhadap kerja aku... Julai bukan sekadar nama!

ianya satu petanda bahawa kita suda berada di separuh pertama tahun 2009... tidak lama lagi akan melangkah 2010... sebaik melangkah 2010, 29hari selepas tu aku akan melangkah ke umur yang baru lagi.... kawan ku selalu mengingatkan aku apa yang pernah aku azamkan di awal tahun... dua perkara, bisnes dan partner...

bisnes...
orang kata bisnes tidak sesusah mana, tapi yang susah tu ialah semasa membuat langkah pertama dalam bisnes... segala perancangan tu perlu dihitam-putihkan dan dinotakan supaya mudah dilihat oleh orang lain... yang hitam-putih aku buat masih lagi diperingkat draf... entah bila akan nampak bukunya...

partner...
semalam selepas makan dengan Iskandar di City Mall, aku tengok tv sebuah drama lakonan Fahrin & Fasha... tajuk nya aku nda tau tapi isinya sedikit sebanyak berkaitan dengan hidup aku kini... susah mencari partner... sebelum ni ada budak ums tapi aku kurang berkenan sebab nya jauh sangat tinggalnya... dan sekarang ni pula, ada seorang budak tawau... tapi jangan terkejut sebab aku belum pernah lagi tengok orang nya mahupun bercakap dengannya... kami berhubung HANYA dengan sms... macam biasa la aku ni penyegan orang nya... sabar la...

Nota Suara Aku nampaknya status aku ni masih seperti dulu...anda doa2 kanla aku dapat cepat, bukan apa tapi bapa aku ni kesian dengan aku yang hidup sendiri jauh dari matanya... jadi dalam fikiran bapa sekarang ni, aku mesti ada partner yang kekal... susah juga kan misi ni....huhuhu... adios!!

Comments

TheShida said…
xpe abg irman...jodoh tu di tangan Tuhan...ada jodoh xkemana...
irman_rahs said…
ui itu kalau ada jodoh...klu xda apa cerita? huhu

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!