Skip to main content

Farhan masuk UPM

Kemarin tengahari mesej dari Farhan masuk HP, "Bang, bachelor tu apa?" aku berseloroh dengan nya bachelor tu banyak maksudnya, aku pun bachelor(bujang) juga... lepas tu dia tanya lagi, degree ka? ya jawabku... barulah dia bagitau dia suda dapat tawaran dari upm selepas rayuan yang dibuatnya minggu lepas... Bachelor kejuruteraan (elektrik & elektronik)... syukur la akhirnya dia dapat juga kembali Selangor setelah lama di sabah... aku gembira sangat Farhan dapat upm, sekurang2 nya dia dapat memenuhi impian keluarganya melanjutkan pengajian di upm... aku pun bangga juga sebab aku graduan upm bah...

walaupun begitu, sedih juga sedikit sebab selalunya bila aku boring, aku bawa dia keluar biasanya tengok wayang dan round2 kk... kadang2 stay rumanya sambil2 bercerita tentang cewek nya yang selalu tukar2 selepas 3-4tahun couple... pelik kan, lama2 becinta, pastu clash... sedikit sebanyak persediaan menuju ke univ dia rujuk aku... dari benda2 yang logik sehingga la perkara2 yg nda masuk akal... bantal ada disediakan? eh mesti la ada, kalau xdisediakan pun xkan mau bawa dari sabah kan... beli la di sana... upm tu bukannya ceruk kampung macam universiti lain... nampak sangat neves budak ni...

teringat zaman mula2 masuk upm, neves juga tapi masa tu memang indi la tiada siapa pun yang dikenali untuk dirujuk... paling pun kak mang saja aku rujuk sebab dia suda masuk U walaupun berbeza univ... universiti antara tempat yang mencabar sebagai remaja kerana dugaan dan godaan... hati kena selalu kuat dan sabar... lebih2 lagi univ yang dekat dengan ibukota... apa yang penting kita kena ingat ibubapa dan harapan mereka yang tinggi menggunung...

Nota Suara Aku merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya... Akhirnya, memetik ucapan ku semasa menjadi wakil graduan konvokesyen ke-30 sidang ke2 hari terakhir...
" Hadirin yang dihormati sekalian,
Dimana nilai darjat kejayaan kita?
Kepada emak dan ibu kami, air mata perpisahan dulu kami balas dengan linangan airmata kebanggaan.
Untuk ayah dan bapa kami, tumpahan keringat penderitaanmu yang jatuh, kami tadah dengan kejayaan ini.
Rakan2 dari Sabah hingga ke Perlis yang berlainan budaya dan latar belakang, terima kasih kerana sanggup menerima kami seadanya.
Tidak lupa kepada para pensyarah kami, tidak terungkap dengan kata2 akan bertuahnya kami dibawah bimbingan tuan2 dan puan2... seterusnya terima kasih kepada pihak fakulti, kolej kediaman, pegawai2 dan staf2 sokongan upm yang tidak lokek untuk membantu disebalik kejayaan ini...
Mana mungkin kita hari ini berdiri dan bergelar graduan, tanpa sokongan tulang belakang yang saya sebutkan tadi"...Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!