Skip to main content

Pukulan facebook (Mafiawars)

bulan 8 pula menampakkan diri selepas julai mengundurkan diri 14jam yang lalu... dan pertama kalinya, entri kali disebarkan melalui brodban pertama aku setelah lama memendam perasaan ingin memiliki... semuanya gara2 facebook yang sepertinya aku nda senang tidur tanpa menatap fb ni... atau lebih tepat lagi mafiawars... satu game yang sifatnya seperti dadah (walaupun xpernah merasa dadah) tapi orang kata boleh ketagih...

gara2 fb ni jg la, aku jarang menjenguk NSA, bukan tidak ada cerita dan topik untuk dibincangkan, tetapi keadaan aku yang lebih menumpukan kerja2 memerangi keganasan di mafia, menjadi punca... huhuhu...

bulan lapan juga, kak Mang n husband akan bekerja di bawah satu bumbung sebab keduanya dipindahkan ke Lahad Datu... aku juga tinggal single lagi di rumah sewa di kk ni... mau mencari tempat sewa yang lebih dekat di kk pun susah... maklum la kekangan kewangan mungkin akan mengekalkan aku dirumah sewa yang kami duduki sekarang ni... ada juga rumah sewa yang dekat di kolombong, tapi bagi pandangan aku tidak berbaloi, bayangkan sewa yang diletak tuan rumah rm600 tanpa perabot kecuali satu katil+tilam, kipas siling dan tv sahaja!! wah banyak cantik tuan rumah... sebelum ni kawan cakap fully furnished, aku pun ok la juga, tapi bila semalam iskandar terangkan keadaan rumah tu, aku jadi tawar hati untuk menerimanya... walaupun ground floor dan ada security, bagi aku itu bukanlah satu kelebihan yang berbaloi... aku lebih sanggup duduk rumah yang tingginya tingkat 4 dan mengambil masa 45minit perjalanan (kalau peak hour) asalkan aku berpuas hati...

Nota Suara Aku sekarang ni baru balik dari membersihkan kuburan di sandakan... besok sepatutnya ke kampung tapi aku nda dapat cuti Isnin ni, terpaksa balik kk esok tengah hari seperti biasa....apapun selamat bercuti dan teruskan bercuti tanpa melupakan mafiawars perlu diteruskan...adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...