Skip to main content

Ruang dan Batas

semakin banyak demo dibuat oleh mereka2 yang tidak berpuas hati dengan perkara2 yang berlaku di dalam negara... bukanlah satu yang pelik, dan aku melihat kejadian ini hanyalah berpunca kerana RUANG... mereka tidak diberi ruang, bukan mereka tidak minta atau mohon dari pihak yang berwajib namun ketidakadilan menjadi juri... walau apapun alasan yang diberikan meskipun ianya untuk kebaikan, ketidakadilan tetap akan menjadi penentu... oleh itu, apabila tidak diberi kelulusan, semangat yang membuak-buak tidak mampu digentarkan oleh amaran dan benteng ketenteraan...

Berikan mereka ruang untuk berbicara dan meluahkan isi hati mereka, insyaAllah sekiranya niat mereka benar2 betul, mereka akan bersedia dengan batas yang mereka sendiri ketahui...di muka akhbar dan tv, 'keganasan' yang berlaku ini pastinya disebabkan oleh penganjur yang di mata pentadbir sebagai sengaja membuat onar dan kacau kepada negara... kami yang berada di seberang laut ni melihat keganasan ini bukti kita ni tidak bertamadun bersandarkan sogokan keganasan yang ditonjolkan media... Ahad lepas, semasa aku ke kedai gunting rambut, terdengar lah tukang gunting ni mengutuk keganasan yang tidak ubah seperti di Thailand... kerana minda tukang gunting hanya menganalisis atau membuat rumusan apa yang dilihat... sebab musabab kejadian ini berlaku tidak pernah disebut langsung...

Kemudiannya, aku menonton petikan rungutan pekedai2 yang berdagang di kawasan berkumpulnya golongan protes ni yang masih terngiang2 dikepala:
1) habis semua kain2 basah akibat disimbah lori yang menyuraikan orang2 yang memprotes...
2) air2 yang nak dijual ni, terpaksa dibuang kerana terkena air dan sebahagian besar peniaga mengakui kerugian akibat kerosakan harta benda seperti tong air...
3) kalau nak buat demonstrasi pun, buat lah hari Ahad (ni paling kelakar)....
lucu ada kesian pun ada juga, kenapala orang2 yang buat demo ni bawa air dan simbah orang2 yang tidak terlibat? air apa tu? aku tau, saja ja buat2 bodo...

Bukan saja orang tua akan memberontak jika tidak diberi ruang, budak2 remaja bahkan anak2 kecil pun pasti akan meragam kalau tidak diberi ruang... dan sebagai penguasa atau ketua keluarga, kita perlu meletakkan batas2 supaya mereka tidak melampaui batas ataupun menyalahgunakan ruang yang diberi...

Ruang yang diberi akan memberikan kita peluang untuk menilai baik-buruk sesuatu perkara, sebaliknya kalau tidak diberikan ruang, bagaimana kita mau Check and Balance mengenai perlakuan kita? betul nda...

Nota Suara Aku melihat keadaan negara kita masih boleh diperbaiki dengan memberi kan ruang untuk mereka...adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!