Skip to main content

Ulasan Ketika Cinta Bertasbih.

semakin jarang dijenguk NSA ni... bukannya tiada ruang dan peluang, idea dari hari ke hari sentiasa ada, cerita dan berita ada untuk dicatat dan dikongsi, namun kesibukan dengan bermain facebook dengan pelbagai game yang disediakan didalam aplikasi facebook, meminggirkan perhatianku terhadap NSA...

namun, aku berusaha untuk tidak menguburkan NSA yang menjadi penghubung aku dengan kawan2 dan keluarga yang berada jauh dimata... Mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang menjelang dan sudah memasuki hari yang kesembilan di bulan ini... dan esok kita suda memasuki 1/3 dari bulan Ramadhan... bagaimana dengan amalan kita dibulan ini??? sama2 la kita meningkatkan amalan kita dan berusaha kita kurangkan dosa2 yang kerap kita dampingi sebelum ini...

aku sekarang ni boleh dikatakan setiap minggu ulang-alik KK- Sandakan memandangkan aku tinggal sendirian di kk... hujung minggu mungkin membosankan kalau aku nda balik kampung... sekurang2 nya telingaku dipenuhi dengan hiruk-pikuk adik-beradik yang bertengkar tetapi sebenarnya itulah asam garam berkeluarga... kita tidak akan menyedari kepentingan dan faedah pertengkaran ini kalau kita tidak pernah hidup sendirian... terlalu banyak sangat perbezaan antara hidup sendirian dengan hidup berkumpul bersama adik beradik... dan kemarin, kami duduk berbuka lengkap adik-beradik sebab adik yang belajar di Labuan balik walaupun hanya untuk tempoh 3hari 2malam... macam penginapan di hotel pula kan... tetapi disebalik itu semua, nikmat berbuka bersama itu lebih bernilai dari wang ringgit yang kita belanjakan...

kemarin juga, aku suda selesai membaca novel Ketika Cinta Bertasbih yang dipecahkan kepada 2 buku... aku kategorikan buku ini sebuah buku ilmiah agama yang cukup baik dari segi olahannya, walaupun masih kurang dari segi penceritaan watak sampingan yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam novel ini... Eliana, Furqan, Fadhil, Cut Mala tergantung tidak ada kesudahan... alangkah baik, andai kiranya watak Cut Mala dan Fadhil tidak lagi digunakan di episod kedua, habiskan lah dalam episod pertama, paling tidak pun ditamatkan dengan sepucuk surat dari Kaherah... Eliana yang aku harap menjadi pendamping Azzam diakhir cerita juga dibiarkan tanpa jawapan cinta dari Azzam... ceh, macam pengulas profesional pula....apapun dari 5bintang, aku berikan 4.5bintang untuk cerita ini...

Nota Suara Aku cukup sampai disini, insyaAllah ada masa lain, aku akan ceritakan tentang tragedi berhadapan dengan orang kurang siuman di halaman rumah kira2 2minggu lepas yang meninggalkan kesan yang amat besar dalam hidup aku....aku masih fobia!!! adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!