Skip to main content

Makanan Jepun

Hari ini mungkin boleh disejarahkan bahawa aku dapat makan makanan jepun buat pertama kali dalam hidup... mungkin boleh diperbetulkan dengan makan di restoran jepun untuk pertama kali... seingat aku antara makanan jepun yang pernah aku makan adalah kuih dorayaki(kalau xsilap sebut) yang menjadi kegemaran doraemon semasa aku menjalani latihan praktikal di upm tahun 2005...
dan seperti biasa pertama kali makan di tempat sebegini, aku blank mau makan apa di tempat ni? yang aku tau sushi saja la... selepas diterangkan oleh kawan seofis, baru aku tau restoran jepun ni bukan sushi saja dijual... pelbagai jenis makanan macam di restoran2 lain tu... aku pun xingat nama menu makanan tengahari yang aku pilih, tapi ada sedikit2 bunyi teriyaki la... ala macam teriyaki boys la lebih kurang... menu ni utamanya ayam 'grilled' yang sebenarnya tidak sepatutnya aku pilih sebab yang lain katakan kalau di restoran jepun ni, bagus makan ikan... ikan2 yang dihidangkan jarang didapati di kedai biasa macam ikan salmon dan ikan paus(ni tambahan saja) hehehe...
syukur la dapat juga merasa makanan sebegini dengan free... semuanya gara2 meraikan penyambungan kontrak setahun bos kesayangan ku Mr.Gan yang diumumkan sendiri oleh beliau selepas mendapat panggilan dari MD di mesyuarat bulanan semalam... tapi reaksi tidak sengaja yang jelas disepakati oleh semua ialah TERGAMAM!!!! macam menerima berita kematian kata seorang kawan... padahal kalau berita baik sepatutnya disambut dengan ucapan tahniah dan kegembiraan, betul tak?? semua diam untuk seketika sehinggalah terpacul soalan bodoh dari keTERGAMAMan P.A kami, berapa lama?? hahaha lucu juga, nampak sangat yang majoriti tidak menyenangi bos kesayangan ramai ni... apapun tahniah untuk nya dan terima kasih atas belanja ini...
disebalik berita ini yang dianggap sebahagian besar orang sebagai berita buruk, aku suka untuk mencari sedikit sinar iaitu aku menanam azam untuk mengorek segala ilmu2 yang ada sepanjang penyambungan kontrak ini... aku pasti di dalam diri bos ini, terdapat permata yang menunggu masa untuk dicapai oleh mereka yang mahu mencarinya... dan aku bersyukur juga mungkin Allah memberikan peluang kepada aku untuk mendapatkan ilmu terbaik dari manusia ni...
Nota Suara Aku yakin aku masih belum menggunakan sepenuhnya kelebihan bos ni untuk kebaikan diri dan kemajuan kerjaya ku... aku mesti mendapatkan nya sebelum dia bersara kelak... doakan lah kejayaan aku dalam bidang ini... adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!