Skip to main content

Perbadanan Ahlong

berita yang menjadi halwa telinga semasa memandu ke ofis pagi tadi di radio... suratkhabar memaparkan 26ribu peminjam dilarang keluar negara selepas senarai nama dihantar ke jabatan imegresen... satu usaha terbaru bagi mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada peminjam... selepas taktik menakutkan peminjam dengan surat yang dihantar melalui peguam2 yang dilantik kurang mendapat sambutan, aku juga salah seorang daripada peminjam dan aku tidak mahu menyentuh soal taktik yang digunakan oleh 'Along berdaftar' ni...
sebagaimana pendengar2 radio yang meluahkan masalah dan cadangan, aku setuju dengan pendapat supaya dimansuhkan caj perkhidmatan memandangkan mereka bukannya menghantar surat atau penyata setiap bulan seperti sewa dan bil yang lain... lagi pula servis yang disediakan juga amatlah hodoh dan buruk...

aku masih menyimpan maklumat kejadian yang menimpa aku pada 9 Januari 2008 jam 12.34 tengahari... masa tu aku masih bekerja di Giant... aku cal ptptn di nombor 0320986471 dan bercakap dengan seorang wanita yang bernama R untuk bertanya bagaimana proses membayar pinjaman melalui potongan gaji... servis yang bertaraf pekerja negara miskin aku terima.... kejadian ini menyebabkan aku membatalkan niat untuk membuat pembayaran pinjaman melalui potongan gaji sehinggalah aku pindah ke tempat kerja baru...

dan syukur alhamdulillah servis yang ditawarkan melalui emel lebih baik... aku mencuba sekali lagi walaupun pernah tawar hati... dan sungguh cepat maklumat yang diberikan oleh mereka ini... dan kini aku sudah membayar kurang lebih 700rm... sedikit2 lebih baik dari tidak membayar... tapi aku percaya yang aku bayar ini bukanlah pinjaman tapi HANYA bunga nya... lebih kurang macam ahlong la juga kan... aku percaya tidak semua pekerja di perbadanan ini berfikiran kelas negara miskin... tapi nila setitik punya pasal...

lagi satu, tempoh pembayaran balik yang seingat aku mesti dijelaskan bermula 6bulan selepas tamat belajar juga harus dikaji semula... harus difikirkan sekarang bukan mudah mendapat pekerjaan... jangan kan untuk membayar pinjaman, untuk makan pun payah... masih mengharapkan duit mak bapa... aku mencadangkan tempoh pembayaran bermula mungkin selepas 6bulan bekerja... untuk pengesahan jawatan pun sekarang ni minimum 6bulan kan...

lagi satu, aku merasakan kebanyakan peminjam ini adalah dari golongan yang benar2 susah dan tidak dapat dihubungi lagi... mereka ini mungkin hanya bekerja sebagai pesawah, petani, kerja sendiri dan mungkin juga hanya berkedai runcit di kampung2.... adalah lebih baik sekiranya pihak perbadanan dan kerajaan membantu golongan penganggur peminjam ini sebagai usaha mendapatkan semula wang diberi pinjam daripada asyik menghukum, saman dan menghalang mereka bekerja atau dalam erti kata mudah cukuplah menyusahkan hidup yang telah susah ini...

Nota Suara Aku berpendapat pihak ini tidak puas untuk menyusahkan golongan peminjam... aku pasti majoriti peminjam susah mendapatkan pinjaman semasa belajar dulu... semester sudah dibuka 3bulan, duit pinjaman masih belum masuk ke dalam akaun... bukan seperti tabung atau biasiswa lain yang memberikan wang pinjaman sebulan sebelum buka semester... tidak hairan lah apabila sudah dapat wang dari perbadanan ini, sebenarnya peminjam tidak lagi menggunakan wang untuk membiayai pelajaran seperti membeli nota rujukan dan membayar yuran kolej melainkan untuk bersuka ria.... adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....