Skip to main content

MIKHAIL - BUKAN SEKADAR SEBUAH NAMA

Novel terbaru yang baru saja aku selesai membacanya... Novel yang ditulis oleh penulis Thriller no.1 negara, Ramlee Awg Murshid... percaya atau tidak, ni merupakan kali pertama aku membaca karya beliau walaupun selalu mendengar dan melihat karya2 nya dipapar di kedai2 buku... pelbagai lagi novel thriller yang dihasilkan beliau, tetapi tidak satu pun yang menarik minat aku untuk menyentuhnya apalagi untuk menyelak isi kandungan dan membelinya... tetapi kali ini nampak berbeza, sekali aku ternampak MIKHAIL ini, seperti ada yang mendorong aku untuk membelinya... selalunya aku ni ikut kata hati yang pelik... ya la mana la tau, tiba2 ada sesuatu yang tersorok disebaliknya... namun kali ini, kata hati ini seperti tidak mendatangkan tanda2 positif...

Maaf kepada penulis kalau tulisan ini dibacanya dan menyinggung perasaan penulis... pertama, aku suda hampa apabila novel ini tidak mempunyai penanda buku... bukannya aku mau simpan pun, tapi kesemua novel2 yang aku beli sebelum ini, kesemuanya mempunyai penanda buku... dah namanya penanda buku, mestilah digunakan untuk menanda kan... aku tidak akan menyambung pembacaan ke bab seterusnya kalau ia tidak mendorong kepada keinginan untuk mencari penamat cerita yang berlaku, justeru fungsi penanda buku amatlah penting bagi menjaga helaian2 dari kusut akibat dilipat... dan inilah yang berlaku kepada novel MIHAIL ini... aku terpaksa melipat untuk menanda muka surat keberapa aku berhenti...harap diperbaiki di masa akan datang...

Kedua, apabila novel thriller, apalagi ditulis oleh seorang yang diiktiraf no.1, aku tidak nampak kekuatan yang ditonjolkan dalam novel ini... maaf kalau terpaksa membandingkan dengan novel lain, tapi aku tidak merasa sepertimana membaca novel2 ringan thriller seperti Nancy Drew dan novel2 semasa sekolah rendah dulu... cuma di hujung2 bab, barulah ada thriller nya sedikit semasa penangkapan Insp.Sharani dan pembunuhan Datuk Bakri di dalam lokap... Demikian juga dengan perubahan watak Kharis yang sebenarnya Mikhail 155... tidak dapat dinafikan kehebatan yang ditonjolkan melalui watak Mikhail @ Mahmud, tapi keseluruhannya mungkin novel ini 2 bintang sahaja...

Nota Suara Aku mungkin meletakkan satu tanda aras yang tinggi terhadap penulis ini, tapi ada kewajaran aku meletakkan sasaran yang tinggi kerana title yang ada padanya... semoga ini tidak melunturkan semangat beliau untuk terus berkarya dan komen ini bukan bersifat menghina, cuma pendapat individu yang telah membacanya novel ini dalam tempoh sebulan juga la... sebelum terlupa (memang terlupa pun, ini edisi edit suda ni) aku ingin mengucapkan Selamat Panjang Umur kepada Abahmuiz yang selama ini menjadi antara pendorong dan pembakar semangat dalam meneruskan perjalanan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran... semoga dengan kehadiran hari ini, Allah murahkan lagi rezeki abah dan keluarga dan dipermudahkan segala urusan sama ada sendiri, keluarga dan kerjaya beliau di masa akan datang...nak bagi kek jauh pula, tak pe la abah minta dekat akak ye...adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!