aku sungguh gembira dan terharu dengan perkembangan positif ini... akhirnya hari ini aku berjaya mengajak saudaraku untuk solat jumaat... dan memang agak mudah untuk mengajaknya, tidak dengan paksaan ataupun desakan... hanya sekadar ajakan seperti minggu2 yang lalu... seringkali aku menyogok saudaraku bahawa apa yang berlaku adalah ujian Allah... kita sebagai hamba, akan diuji tetapi mengikut apa yang terdaya oleh kita... bila kami berkongsi masalah masing2, sering nasihat menasihati, aku tutup dengan harapan agar dia solat dan minta petunjuk dari Allah... memang agak payah untuk mengajak orang2 yang keras hatinya... keras kerana tidak dibasahi oleh wuduk... keras kerana tidak ditundukkan dengan al-Quran... keras kerana tidak dikunjungi dengan nasihat2 agama... dan bermula dengan konflik cinta nya, kemudian dia berusaha SAHAJA tanpa berdoa dengan senjata orang Islam, dia ditundukkan dengan Hawa yang kembali insaf dan kembali solat... aku sangat2 bersyukur kepada Allah... Hawa yang menj...
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.