Skip to main content

Aku Menang

Syukur alhamdulillah, pagi ini nampaknya memberikan kemenangan kepada ku.. kemenangan apa? prochamp EWRM telah dikembalikan kepada aku dengan penuh rasa kecewa dari bos.. tidak lama dipegang oleh orang lain, secara rasmi bos sudah mengumumkan supaya aku pegang semula post ni.. bukannya aku mau sangat, tapi sekurang2 nya dengan task ini, aku dapat mempelajari dengan lebih dalam berkenaan hal ni...

aku janji akan mendalami benda sampai pandai dan menjadi SME.. anda doakan aku.. aku sudah pun berpindah dari ruma sewa ke rumah sewa baru... bukan bersendirian, tapi dengan kwn ku Iskandar.. orang yg suda ku anggap saudara ini, memang banyak sangat berbudi... hanya Allah yang dapat membalas jasanya...

aku sedang berada dalam situasi yang penting untuk ku buat.. nda bole disebut dalam blog ni, memandangkan blog ni mempunyai penggemar2 hantu... maksud aku, orang2 yang tidak diketahui.. blog ni bukan lah blog yg popular, sebab pertama tidak ada isu2 atau gosip seperti blog lain.. blog ni juga bukanla jenis yang suka membuat kontroversi seperti yang dibuat oleh blogger lain, hanya semata2 menarik perhatian dari semua orang... sebab kedua, blog ni lebih berbicara tentang apa yang terbuku di dalam kepalaku, dan ku cernakan dalam bentuk ayat dan dibaca untuk aku mengurung segala masalah atau perkara yang terpenjara di benak fikiranku... atas sebab blog ni lebih sifat peribadinya, hanya orang2 yang berkaitan akan singgah untuk seketika dan mengetahui apa yang terbuku di hatiku dan berlaku di hidupku...

Nota Suara Aku, apapun yang terjadi semua orang menginginkan keindahan dan kelancaran dalam perjalanan tanpa meminta kecacatan apalagi kegagalan... namun aku hanya manusia biasa yang diuji oleh Allah semampu ku...

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...