Skip to main content

Antara 2 Jiwa

seperti hari ni aku mau juga untuk menotakan sesuatu, tapi aku nda tau dimana mau dimulakan penceritaan ini... dalam kepala banyak sangat yang indah2 juga sejarah ingin disuarakan... mungkin bagus aku mulakan dengan bercerita mengenai saudara ku...

minggu ini nampaknya memperlihatkan pemulihan kisah cinta saudaraku yang mengalami pemberontakan sejak bulan 11, tahun lepas... aku senang dengan perkembangan ini sebab saudaraku kembali bersemangat untuk meneruskan hidup2 sebagai seorang manusia... memang dia ni seorang yang tabah sebab dia dapat menerima Hawanya yang boleh dikatakan menduakannya semasa mereka berjauhan... tempoh berjauhan tidak lah lama, namun apa2 pun boleh terjadi sekiranya kita tidak pandai menjaga diri ditempat orang... demikian lah yang terjadi, mungkin disebabkan pengaruh kawan dan godaan Adam yang berlidah cabang (pandai ayat la kunun)... mungkin juga kerana baru mengenal apa itu dunia sebenar...

tetapi disebalik pemulihan cinta ini, aku suka untuk merujuk terdapat jiwa yang merana... jiwa seorang Hawa yang menjadi pendamping dan tempat mengadu keperitan jiwa saudaraku semasa pemberontakan ini berlaku... aku sudah dan selalu sangat memberi nasihat ataupun kata dua kepada saudaraku, jangan terlalu rapat dengan Hawa ni, takut2 secara tidak sengaja saudaraku memberi harapan kepada Hawa ni... tapi bak kata orang "pengerasi", dan mungkin masa tu fikiran nya bercelaru, kata2 ku dibuang seperti sampah yang tidak lagi berguna untuknya...

Jangan suka disatukan pemikiran yang berbeza... maksud ku, saudaraku pernah menyatakan bahawa Hawa ini hanyalah kawan semata2 dan tidak lebih dari itu... tapi apa tandanya kalau setiap waktu telefon, tanya khabar, buat apa, sudah makan ke belum... dari mula buka mata di awal pagi, selepas mandi, sebelum driving ke ofis, setibanya di ofis, balik dari ofis, setibanya di rumah sehingga lah sebelum mata lelap menunggu hari esok...

tapi di sebelah Hawa, lain pula pemikirannya... semua orang umum bila perkara seperti di atas sudah menjadi rutin harian, mereka telah berkongsi rasa dan perasaan yang sama... sepertinya wujud keserasian lah konon... dan frasa kawan itu sudah terhapus secara automatik langsung bertukar kepada kekasih... Hawa tidak lagi malu untuk berkongsi segala masalah dan cerita yang terjadi di tempatnya walaupun hanya 'ada habuk hinggap di pipiku'... sampai begitu sekali... dan mungkin ini hanyalah teori yang tidak berasas, memandangkan aku bukanlah sejiwa dengan Hawa... tapi seperti aku dapat merasa apa yang dirasakan mereka... asas nya?? aku banyak membaca novel cinta, banyak bergaul dengan kaum Hawa (adik-beradik ku 11orang Hawa) dan aku percaya sikap empati ku yang sangat tinggi ini memudahkan aku faham kehendak mereka...

Kesian dan simpati pastinya aku berikan kepada 2 Hawa ini, namun terpulang kepada saudaraku untuk memilih dan membuat keputusan mana yang dirasakannya terbaik untuk dirinya... sebab untuk mencari terbaik bagi kedua pihak adalah mustahil menilai kepada situasi sekarang... di dalam FB terutamanya, perang telah meletus antara kedua Hawa ini... demikian juga dengan HP saudaraku... akibat 2HP dan 2simkad, dia perlu melayan karenah Hawa ini juga... aku tidak memberikan keputusan kepada saudaraku apa yang perlu dibuatnya... cuma sebagai saudara, aku memberikannya 2 jalan atau pilihan... untuk mendapatkan yang terbaik, aku seringkali mengajak nya untuk bertanya kepada Allah... minta petunjuk kepada yang Maha Esa... Dia lah yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui....

Nota Suara Aku berasa penat sekarang ni, ingin bercerita tentang sebuah lagi kisah cinta yang rapat dengan ku, tapi nampaknya tidak kesampaian untuk dinotakan hari ini... insyaAllah ada kesempatan di lain waktu, bergantung kepada suara ku yang tercerna... apapun, aku tidak akan berhenti untuk mengajak saudaraku dari terus meminta petunjuk selagi ada kesempatan...moga Allah membukakan pintu hatinya dan melembutkan lidahnya...amin...

Comments

Anonymous said…
Man, pesan kat saudara itu, tinggalkan dua Hawa itu, cari Hawa ke 3, kerana ada ramai Hawa dibumi Malaysia ini. :-)
irman_rahs said…
sebabnya??

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....