Skip to main content

Allah Menyayangi HambaNya

aku sungguh gembira dan terharu dengan perkembangan positif ini... akhirnya hari ini aku berjaya mengajak saudaraku untuk solat jumaat... dan memang agak mudah untuk mengajaknya, tidak dengan paksaan ataupun desakan... hanya sekadar ajakan seperti minggu2 yang lalu...

seringkali aku menyogok saudaraku bahawa apa yang berlaku adalah ujian Allah... kita sebagai hamba, akan diuji tetapi mengikut apa yang terdaya oleh kita... bila kami berkongsi masalah masing2, sering nasihat menasihati, aku tutup dengan harapan agar dia solat dan minta petunjuk dari Allah... memang agak payah untuk mengajak orang2 yang keras hatinya... keras kerana tidak dibasahi oleh wuduk... keras kerana tidak ditundukkan dengan al-Quran... keras kerana tidak dikunjungi dengan nasihat2 agama... dan bermula dengan konflik cinta nya, kemudian dia berusaha SAHAJA tanpa berdoa dengan senjata orang Islam, dia ditundukkan dengan Hawa yang kembali insaf dan kembali solat... aku sangat2 bersyukur kepada Allah... Hawa yang menjadikan aku rujukan masalah nya dengan saudaraku, aku sogok juga dengan harapan si Hawa meminta kepada Allah dengan solat... akhirnya kini, rentetan kejadian2 ini, kedua2 nya sudah berjinak2 dengan solat...

sejurus aku dapat membawa saudaraku solat jumaat tadi, aku lantas mengingati Allah menyayangi hambaNya... hamba yang bersabar, hamba yang bertaubat dan hamba yang tidak lupakan penciptaNya... benarlah setiap perkara dan kejadian itu ada hikmahnya...

Nota Suara Aku walaupun begitu, masih lagi memberi nasihat kepada saudaraku, bila dia selalu berkata, "aku sudah berusaha, terpulang kepada dia untuk kembali dengan ku atau berpisah denganku"... aku bukannya ustaz pun, tapi aku cantas dia, saudaraku masih belum lengkap putaran usaha itu... setiap perlakuan perlu ada tiga perkara... iaitu Usaha, ditujah dengan Doa dan Solat barulah kita boleh Tawakal dan Berserah... moga2 setiap yang berlaku ini mendekatkan saudaraku dengan Allah... demikian juga dengan si Hawa... jangan pernah berhenti dan leka dengan pujuk rayu dunia... hargai apa yang ada di depan mata kita, jangan sampai tercari2 jika dia sirna... akhir sekali, aku tekankan kepada saudaraku, Lelaki yang baik untuk Hawa yang baik.... amiin....

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!