Skip to main content

KECAMUK

sudah sekian lama blog NSA menyepi dari sebarang cerita dan berita... dalam tempoh tiga bulan menyepi bukan bermakna tidak berlaku apa2... bak kata pepatah air tenang jgn disangka tiada buaya... laut tenang jangan diduga.... pulau pandan jauh ke tengah.... ah teda2 bah ni pepatah...

aku masih seperti pemilik NSA yang dulu, cuma pengalaman, kejadian dan dugaan yang diberikan Allah kepadaku semakin mematangkan aku... dalam kematangan itu timbul keraguan... dalam keraguan wujud ketidakpastian.... dan ketidakpastian itu membuat aku berfikir perkara2 lalu... lantas perkara2 lalu seperti satu angka matematik yang memerlukan jawapan setelah ditambah tolak darab dan bahagi....

'hidup bersama' memerlukan pengorbanan kata faizal... MUNGKIN betul, tapi pengorbanan ini tidak sehingga aku terkorban kan? bukan sehingga aku mesti mengorbankan janji2 ku dgn mama dan bapa selama ini...

'hidup bersama' aku sangkakan mudah dan akan datang sendiri tanpa perlu dicari... 'hidup bersama' yang muncul dalam hidup aku beberapa ketika sebelum ini aku sangkakan berjalan tanpa dugaan... 'hidup bersama' yang ku pilih ini aku sangkakan adalah yang terbaik untuk ku... tetapi seperti perjalanan dan pengalaman seperti tidak membenarkan 'hidup bersama' ini terus sehingga ke akhir hayat...

mungkin agak peribadi catatan kali ini, namun inilah Nota Suara Aku... aku bukan lelaki yang sempurna, tapi aku juga berhak untuk mendapatkan 'hidup bersama' yang serasi untuk ku... selama ini, aku mengharapkan 'hidup bersama' yang mampu meruntun hatiku, memujuk jiwaku, mengusik telatahku, mewarnai perasaanku... tapi kuharap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...

bagaimana 'hidup bersama' akan kekal ke akhir hayat, setiap kali berjumpa pertengkaran akan meletus, pertengkaran kemudian disusuli dgn kata2 maaf.... bencana ini berlaku hampir setiap minggu... sepertinya tidak ada restu 'hidup bersama' ini... bak katanya 'panas' perhubungan ini... selama ku mengenalinya, aku semakin menemui kejanggalan... ada saja yang nda ngam dalam pemerhatianku... ku akui, aku seorang panas baran dan demikian dia juga begitu, bagaimana keamanan akan tercipta?

aku takut nda mampu menjaga seperti yang diinginkannya... aku tidak bersedia untuk memenuhi segala macam bentuk keinginan tinggi... seperti yg aku katakan, pasangan 'hidup bersama' yg aku cari adalah seorang yang menjadi suri rumah tangga sepenuhnya... aku tidak mau dia bekerja... bila dia mengatakan dia tidak pandai memasak, seolah dia mencabar watak calon 'hidup bersama' yang aku inginkan atau mungkin dia sekadar menduga... apa akan aku katakan dgn kakak2 ku, andai aku punya tidak pandai memasak? apa aku perlu menerima seadanya? bila dia menyatakan ingin menyambung pelajaran lagi, apa aku perlu hidup membujang lagi? seringkali jiwa ku monolog, "kalau mau sambung pelajaran, kenapa terima lamaran aku!!!!? kenapa tidak saja belajar dulu baru penuhi tuntutan 'hidup bersama'?

aku paling takut, aku belum bersedia memikul beban sebagai suami... dari segi kewangan, aku masih gagal mengawal kewangan peribadiku, seringkali aku kehabisan duit sebelum tiba waktunya, seringkali juga la aku terpaksa menebalkan muka pinjam duit kak Mang dan lija... sehinggakan gurauan2 durang sebelum ini aku tutup telinga saja... aku buat bodo ja... mungkin ada benarnya, Jamdin pernah katakan "belum puas hidup bujang".... mungkin ada orang yang boleh berkahwin dan hidup walaupun tidak bekerja... ada orang yang masih mampu mempunyai anak 2-3 orang walaupun masih sengsara untuk mencari sesuap makanan suami isteri... ada orang yang suda bekeluarga masih dibantu mak bapa... aku terkesan dan terusik serta malu dengan sebuah drama yang bertajuk 'Anak Emak'... seorang pemuda yang masih meminta bantuan mak untuk menyara kehidupannya sedangkan gaji yang diperolehinya tidak pernah diberikan kepada mak nya... drama ni macam memerli aku pula...

Nota Suara Aku sentiasa berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah, agar dipermudahkan segala urusan ku di dunia dan akhirat... kalau anda rasa aku salah, tolong nasihati aku... kalau aku boleh terima, insyaAllah akan sampai lah jodoh ku tahun ni... tetapi maaf aku hulurkan andai tidak dapat ku terima, tunggulah masa yang sesuai untuk melihat aku duduk atas pelamin....fikiran ku kecamuk....

Comments

Abah Mui'zz said…
Disaat2 macam ini, hati akan sentiasa berbelah bagi.

Fikir masak2. Manusia boleh berubah, termasuk diri kita. Perancangan perlu, tapi akhirnya Allah jua yang menentukan.

Jangan terlalu fokus pada benda2 remeh (pandai memasak contohnya), sebab banyak benda boleh dipelajari dan diubah.

Satu yg boleh dicuba, dengarkan apa kata dia tentang rumahtangga idamannya, dan padankan dengan rumahtangga idaman kita, kalau banyak persamaan, insyaAllah. Tapi kalau jauh sangat lari, kena bijak membuat keputusan.

Apapun, abah yakin dengan kemampuan Man membuat keputusan.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!