Skip to main content

Lari

Hatiku gundah gulana merencanakan masa depan yang bergolak kini... aku suda membuat keputusan untuk berpisah, begitu juga sudah ku ceritakan dengan mama tentang perkara ini... keluarganya juga telah mengetahui hal ini... cuma yang menjadi hati tidak sedap bila dia melarikan diri dari rumah kakaknya... apa sudah jadi dengan 'redha' yang diucapkannya tentang keputusan yang ku ambil...

mungkin hanya dibibir berucap demikian, tapi jangan lah sampai diterjemahkan dalam bentuk perlakuan yang mengundang kesusahan dengan keluarga sendiri... aku mungkin tidak layak untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya, apa lagi merayu dengannya untuk kembali kepada keluarganya.. tapi keputusan yang diambil untuk lari bukan tindakan matang yang baik... ini tindakan terburu-buru... adakah dengan lari dapat memujuk hatiku untuk hidup bersama? tidak... adakah dengan lari, dapat dia meletakkan aku yang bersalah dan membuat semua orang membenciku? YA...

mungkin majoriti akan menyuruh aku untuk bersamanya, dan menghumbankan segala kesalahan di bahuku... aku terima segala kesalahan itu.. mungkin juga ramai yang mengandaikan aku yang bertindak terburu-buru dengan memutuskan hidup ini... apa yang pasti, aku tidak ingin dia menderita bila hidup dengan aku yang panas baran... aku nda pandai untuk mengungkap dengan perlakuan kata cinta dalam diri... lebih teruk lagi, aku nda pandai untuk membujuk rayu membelai hati dan perasaannya...

Nota Suara Aku mendoakan yang terbaik untuk nya, dapat pasangan yang mampu menggembirakannya dan merealisasikan segala impian dan cita-citanya... kehadiran aku hanyalah sebagai penghalang segala kemahuan dan impiannya... kehadiranku hanyalah sebagai perosak kebahagiaannya... aku nda mau dia menangis lagi keranaku... aku tidak memahami apa yang ada dalam isi hatinya...

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...