Skip to main content

Berhemah

kemarin jamdin bagi ceramah ataupun nasihat tentang persediaan menghadapi gerbang kahwin... seingat aku, ni sesi kedua atau ketiga... dan sesi kali ini lebih memfokuskan tentang Berhemah... berhemah dalam bajet perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas kawin... aduina, terasa seram pula aku... ketika duit banyak di poket, kewarasan dalam membuat keputusan amatlah dipentingkan... dia memberi pendapat, walaupun seratus atau dua ratus, jangan diambil mudah ataupun terasa ringan... apalagi kalau kosnya 50-60 ringgit... semuanya perlu dipertimbangkan cukup2... aku pun terkejut mendengar penjelasan yang panjang lebar... semua tu langsung tidak terfikir oleh ku... aku ingatkan mudah... mungkin juga sebab aku nda terlibat secara langsung dalam bidang mengurus perkahwinan sepupu2 dan kakak2 ku dulu... jadi semua tu langsung tidak kelihatan...

itu situasi sebelum kawin, selepas kawin lagila... dia cakap kalau tinggal tempat mentua, mungkin kurang sikit cabaran nya... tapi cabaran paling kuat, kalau isteri ikut sama kita... situasi nya cukup mudah... kalau ada perselisihan antara adik beradik dgn bini, kita menjadi serba salah.... kalau tegur bini, bini cakap "ya lah, dia tu adik-beradikmu".... kalau tegur adik beradik, durang cakap " ya lah, dia tu binimu" .... betul nda?

Nota Suara Aku mohon dikuatkan semangat dan tabah dalam menghadapi hari2 mendatang... doakan jodoh ku sampai dalam masa terdekat ni.... adios!

Comments

kerana itu jugalah para pasangan yg baru berkahwin atau telah pun lama mendirikan rumah tangga di nasihat kan tinggal berdikari...tidak di tempat si isteri mahupun di tempat suami..namun suami tu ada tanggungjawab pada ibu bapa..tanggungjawab yg sangat penting....kata org tualah....!!!!
sama2 fikirkan...!!!(^_^)

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!