Skip to main content

3

Seperti biasa la..NSA ditulis untuk meluahkan apa yg dicatat dalam pikiran aku yg tidak diluahkan melalui lisan...

Tiga orang yg penting sepanjang hari aku nda menulis NSA yg mau aku cakap...

1.Kakak yg paling banyak beri inspirasi...
Tahniah sbb setelah berusaha banyak pg interview, akhirnya dapat juga kerja kerajaan bulan9 ni...aku sangat gembira sebb dia ni sangat bekerja keras dan tidak mengharapkan bulan jatuh ke riba...dari suara nya, masa call aku jumaat lepas...aku bole merasa kegembiraan yg tidak terhingga dari nya...tahniah lagi sekali...tapi aku masih menunggu hari bahagianya...dan aku terus bertanya,,,bila ka hari itu akan berlangsung...Siti hari ini...dan kakak pula bila a?

2.Abg Rimono62....
Minta maaf secara terbuka, sy nda jawab sebrg sms dan call yg abg buat sehingga post ini dibuat...sy rasa tidak ada masalah spt yg difikir kan...HP hilang?nda juga.... saya sakit?nda juga.... tapi sekarang ni sy berperang dgn PERANG! apa perang tu, biarla saya ja yg berjuang ok...(sy akan masukkan dalam post ari ini)

3.My C
Org ni muncul lagi, dan kini kami semakin intim utk ber sms...aku tau apa yg dibuat nya sabtu lepas adalah trik utk menarik perhatian...tapi aku nda cakap sm dia la...tapi aku suka!
Aku selalu bagi nasihat kalau dia minta, w/pun aku bukanlah kaunselor atau perunding motivasi...tapi aku suka, dia rujuk aku bila ada timbul masalah...arini pula, dia hantar lagi sms yg mengejutkan aku dari tidur...tapi buat masa ni, aku mau bertanya...adakah semudah itu? aku cuba utk nasihat, tapi aku risau aku gagal utk ikut apa yg aku cakap....biarlah tersimpan dlm hati ja!

Nota Suara Aku berenti seketika dan akan menyambung post esok hari dgn tajuk PERANG! Utk debaran abg Rimono62...adios!

Comments

Anonymous said…
Ya ir, kamu bikin saspen saja...cukup lah perang di Lubnan itu...kalau boleh jgn berperang...apa jua jenis perang semua rasanya mengundang bahaya...tapi kena tunggu NSA esok...perang apa ye Ir hehehe ( ada jumpa awek baru kut )
YuN said…
jalita dah dpt kerje gomen ke? tahniah. kirim salam kat dia? kerje kat sana ke kat semenanjung?
irman_rahs said…
keja d kk...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!